KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan rasa sukacita dan bangga dengan kejayaan atlet olahraga negara, Shereen Vallabouy yang mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Menerusi catatan di laman Facebook rasmi Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan tahniah kepada Shereen atas kejayaan beliau memecahkan rekod kebangsaan acara 400 meter (m) di Kejohanan Trek dan Padang Dalam Dewan Divisyen II National Collegiate Athletic Association (NCCA), Amerika Syarikat pada 12 Mac lepas.
"Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar pencapaian cemerlang ini menjadi suntikan semangat kepada beliau dan para atlet kebangsaan lain untuk terus bekerja keras mencapai kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di kejohanan-kejohanan mendatang.
Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Shereen dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan," menurut hantaran itu, malam ini.
Shereen merupakan atlet wanita pertama yang mencatatkan masa 53.79 saat (s) dan memperbaiki catatan peribadi beliau 54.94s serta memecahkan rekod kebangsaan 16 tahun yang dipegang Noraseela Mohd Khalid dengan catatan 54.58s bagi acara 400m dalam dewan.
BACA: Shereen permata baharu olahraga negara
Beliau turut memecahkan rekod 12 tahun bagi Northern Sun Intercollegiate Conference.
Shereen yang juga anak kepada bekas atlet negara Samson Vallabuoy dan Josephine Mary, kini menuntut di Winona State University, Minnesota dalam bidang rekreasi dan pelancongan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022

Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Shereen dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan," menurut hantaran itu, malam ini. - Foto ihsan Facebook Istana Negara

Pertemuan dengan AS: Perbincangan positif, satu lagi pertemuan bulan hadapan - Tengku Zafrul
Pertemuan dengan Jamieson Greer berlangsung dalam suasana positif, dengan fokus diberi terhadap membantu industri dan pengeksport Malaysia.
Seorang pelajar maut dalam insiden tikaman di sekolah di Perancis
Serangan itu berlaku di sekolah Notre-Dame-de-Toutes-Aides di Nantes pada petang Khamis, menurut laporan.
Pameran semangat ASEAN imbas sejarah penubuhan
Tindakan lanjut selepas laporan lengkap KSU KPM - KSN
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata reka bentuk bendera negara seharusnya dihasilkan dengan tangan dan kefahaman rakyat sendiri bukan bergantung sepenuhnya kepada teknologi kecerdasan buatan (AI).
Enam individu direman bantu siasatan kes tuntutan palsu
Perintah reman hingga 30 April ini dikeluarkan Majistret Muhammad Fadzlan Mohd Noor selepas menerima permohonan SPRM di Mahkamah Majistret di sini pagi Khamis.
India gantung perjanjian perkongsian air dengan Pakistan
India pada Rabu menggantung perjanjian air yang berlangsung selama beberapa dekad dengan Pakistan, sehari selepas insiden tembakan oleh penyerang tidak dikenali terhadap pelancong di Kashmir.
Lelaki maut ditikam berebut kawasan minta sedekah
Hasil perbincangan delegasi Malaysia bersama AS
Lintas langsung dari Washington D.C bersama wartawan Astro AWANI, Syaff Shukri bagi membawakan perkembangan perbincangan mengenai isu tarif timbal balik antara delegasi Malaysia bersama Amerika Syarikat.
Perbincangan positif, satu lagi pertemuan bulan depan
Bagaimanapun, Tengku Zafrul tidak memberikan perincian mengenai tawaran Malaysia berhubung isu tarif bagi mengimbangi defisit perdagangan antara Malaysia dan AS.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 April 2025.

Agong berkenan terima watikah lantikan lapan perwakilan asing
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima watikah pelantikan lapan ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara.

Presiden China, Xi Jinping diberi sambutan negara di Istana Negara
Istiadat sambutan di Dataran Kawad Istana Negara dimulakan dengan persembahan lagu kebangsaan kedua-dua negara oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja.

Walaupun geopolitik mencabar, lawatan Presiden China dirancang lebih awal - PM
Malaysia adalah negara perdagangan yang mengamalkan keterbukaan dan menjalin hubungan seimbang dengan semua rakan antarabangsa.

Agong, Raja Permaisuri zahirkan ucapan Tahun Baharu Tamil
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Vaisakhi dan Tahun Baharu Tamil kepada seluruh masyarakat Sikh dan Tamil negara ini.

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke perlumbaan pembuka tirai siri GT World Challenge Asia
Baginda memberi sokongan moral kepada anakanda, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim yang menyertai Johor Motorsports Racing.
![[KOLUMNIS] Ketelusan dan integriti pelantikan badan kehakiman perlu dipertahan, bukan dimonopoli - MCW [KOLUMNIS] Ketelusan dan integriti pelantikan badan kehakiman perlu dipertahan, bukan dimonopoli - MCW](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-04/71744194751_TBTengkuMaimun.jpg)
[KOLUMNIS] Ketelusan dan integriti pelantikan badan kehakiman perlu dipertahan, bukan dimonopoli - MCW
Kebebasan kehakiman mesti disandarkan kepada integriti, ketelusan dan akauntabiliti, bukan dibentuk atas kepentingan peribadi atau kelompok tertentu.

YDP Agong terima mengadap Perdana Menteri di Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerima mengadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini di Istana Negara.

Hayati semangat Aidilfitri, elak sengketa dalam masyarakat - Fahmi
Beliau berkata sambutan Aidilfitri wajar dijadikan ruang serta peluang untuk mengeratkan silaturahim dan melupakan persengketaan.

Sambutan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di Istana Negara meriah
Juadah yang melambangkan dengan negeri Johor seperti kacang phool, laksa Johor dan mi rebus Johor selain lemang, ketupat, rendang dan nasi beriani turut dihidangkan kepada tetamu.

Agong, Raja Permaisuri berkenan tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.