KUALA LUMPUR: Atlet kebangsaan Shereen Samson Vallabouy, yang cemerlang pada Kejohanan Trek dan Padang Dalam Dewan Divisyen II National Collegiate Athletic Association (NCAA) di Kansas, Amerika Syarikat, Sabtu lepas, kini boleh dianggap sebagai permata baharu sukan olahraga negara.
Ketua Jurulatih olahraga kebangsaan Mohd Manshahar Abdul Jalil menyifatkan kejayaan Shereen memecahkan rekod kebangsaan 54.58 saat (s) milik Noraseela Mohd Khalid dicatat 16 tahun lepas di Jerman, dengan catatan 53.79s untuk menjuarai acara 400 meter (m) dalam dewan itu, sebagai pencapaian sensasi dan membanggakan.
Sekiranya mampu mengekalkan prestasi serta lariannya pada masa akan datang, Mohd Manshahar percaya atlet berusia 24 tahun itu yang sedang menuntut dalam bidang rekreasi dan pelancongan di Winona State University sejak 2019, boleh memecahkan rekod kebangsaan 400m luar dewan milik Allahyarham Rabia Abdul Salam yang dilakar pada 1993 di Filipina.
"Itu satu kemungkinan besar (pecah rekod kebangsaan 400m) kerana pertandingan dalam dan luar dewan tidak sama, kebiasaannya masa akan lebih pantas bagi acara luar dewan disebabkan pelari hanya perlu berlari satu pusingan dan dua selekoh.
"Jika dalam dewan yang mempunyai jarak 200m bagi satu pusingan, pelari perlu banyak mengawal kecondongan badan kerana perlu berlari dua pusingan dan empat selekoh. Semua itu bergantung kepada usaha selain latihan mencukupi untuk Shereen memecahkan rekod Rabia," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Selain menjuarai acara final dalam Divisyen II NCAA, anak bongsu kepada pasangan bekas pelari negara Samson Vallabouy dan Josephine Mary Singarayar, itu juga mendominasi peringkat kelayakan apabila muncul atlet terpantas dengan catatan 53.88s.
Mohd Manshahar yang sentiasa memantau perkembangan Shereen, berkata pemenang pingat gangsa 400m Sukan SEA 2015 di Singapura itu bertuah dapat 'berguru' di Amerika Syarikat dengan dikelilingi atlet hebat serta dapat menyertai pertandingan kompetitif yang mampu meningkatkan tahap lariannya.
Beliau juga memaklumkan Shereen berpotensi untuk beraksi pada Sukan Komanwel di Birmingham, England pada 28 Julai-8 Ogos ini, serta Sukan Asia di Hangzhou, China dari 10-25 Sept sekiranya dapat menampilkan larian cemerlang selain melepasi had masa kelayakan ditetapkan.
"Shereen perlu melepasi had kelayakan ke Sukan Komanwel iaitu di bawah 52s manakala Sukan Asia di bawah 53s," katanya.
Beliau pada masa sama menjelaskan Shereen tidak dapat membawa cabaran negara di Sukan SEA Hanoi di Vietnam pada 12-23 Mei ini kerana difahamkan atlet itu akan menjalani peperiksaan di universitinya ketika temasya dwitahunan itu berlangsung.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengucapkan tahniah kepada Shereen kerana berjaya memecah rekod kebangsaan dalam penampilannya di Divisyen II NCAA.
"Tahniah juga kepada ahli keluarga, khasnya ibu bapanya Josephine Mary dan Samson Vallabouy yang merupakan bekas atlet negara atas sokongan kuat kepada Shereen. Semoga kejayaan Shereen menjadi inspirasi kepada semua atlet. Syabas #MalaysiaBoleh #DemiMalaysia," katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022

Selain menjuarai acara final dalam Divisyen II NCAA, Shereen juga mendominasi peringkat kelayakan apabila muncul atlet terpantas dengan catatan 53.88s. - Foto Instagram/@shereen_vallabouy

Dua ditahan dipercayai ibu bapa kepada 4 beradik ditinggalkan
Kedua-dua mereka dipercayai ibu dan bapa kanak-kanak berkenaan ditahan di dua lokasi berasingan pada Isnin dan Selasa.
Lanjutan gencatan senjata bergantung kepada keupayaan untuk membebaskan tebusan - Qatar
Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al-Ansari berkata fokus utama ketika ini adalah untuk meneruskan gencatan senjata, sekali gus membuka peluang rundingan penghentian situasi keganasan.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Kekalkan gencatan senjata, Palestin tuntut keadilan
Gencatan senjata perlu dikekalkan, bukan hanya tambahan dua hari. Gesaan itu disuarakan tegas Pemerhati Tetap Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Riyad Mansour, berkata ini merupakan tempoh paling dahsyat pernah dialami oleh rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Israel sedia teruskan pertempuran selepas gencatan senjata
Perkara itu disahkan oleh Ketua Tentera Pertahanan Israel (IDF), Herzi Halevi yang menyifatkan tentera IDF kini berada pada tahap kesiap siagaan untuk meneruskan pertempuran.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Penduduk Gaza terdedah dengan risiko wabak berjangkit - WHO
Lebih ramai individu terdedah kepada risiko maut akibat penularan penyakit berbanding pserangan pengeboman di Semenanjung Gaza jika sistem kesihatan wilayah itu tidak dibaik pulih.
#IsraelCuak
#IsraelCuak
Kesemua 41 mangsa runtuhan terowong di India berjaya diselamatkan
Menurut Ketua Menteri Uttarakhand Pushkar Singh Dhami, kesemua mangsa berada dalam keadaan sihat bagaimanapun perlu mendapat rawatan dan pemantauan daripada pihak hospital.
Ais cair mendadak di Antartika, penyelidik 'panik'
Kehilangan mendadak ais laut di Antartika telah membimbangkan para penyelidik. Ahli biologi marin menjangkakan bahawa Antartika boleh hilang ais sepenuhnya, dan ia bakal disaksikan oleh generasi yang akan datang.

KBS akan tambah baik Program Podium - Timbalan Menteri
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menambah baik Program Podium Sukan Elit (Program Podium) bagi meningkatkan kualiti dan prestasi atlet negara.
![[LAPOR LANGSUNG] Hospital Al-Shifa di Gaza dibuka kembali [LAPOR LANGSUNG] Hospital Al-Shifa di Gaza dibuka kembali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699841768_AlShifahospital.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Hospital Al-Shifa di Gaza dibuka kembali
Kementerian Kesihatan di Gaza berjaya membuka semula jabatan dialisis di Hospital Al-Shifa di sini walaupun kemudahan itu rosak teruk.

PRK Kemaman: Saya bukti hidup DAP bukan parti rasis, anti-Islam - Rara
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, beliau adalah bukti hidup DAP bukanlah sebuah parti rasis dan anti-Islam, seperti didakwa pembangkang.

Sukan Asia Hangzhou: Shereen butir pingat gangsa 400m
Atlet olahraga negara, Shereen Samson Vallabouy, meraih pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou dalam acara 400 meter sebentar tadi.

Sukan Asia: Muhammad Azeem, Shereen lepasi halangan pertama
Sasaran Muhammad Azeem adalah untuk memenangi peringkat saringan sekali gus mara ke peringkat seterusnya.

Shereen pecah rekod kebangsaan 200m berusia 25 tahun milik G. Shanti
Pada saingan final yang berlangsung di Kolej Rhodes di Memphis itu, Shereen menamatkan perlumbaan di tempat keempat dengan catatan masa 23.33 saat.

Shereen raih emas acara 400m Kejohanan NCAA di Amerika Syarikat
Atlet olahraga negara Shereen Samson Vallabouy terus mencipta sensasi di Amerika Syarikat selepas menjuarai acara 400 meter (m) pada NCAA.

Sukan SEA: Shereen tepati ramalan raih emas
Shereen Samson Vallabouy ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila memenangi pingat emas acara 400 meter (m) akhir wanita Sukan SEA Kemboja 2023.

Hannah akan jumpa Shereen, bincang keperluan dan kebajikan
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh akan mengadakan pertemuan dengan Shereen Samson Vallabouy pada Selasa ini bagi membincangkan keperluan dan kebajikan atlet olahraga negara itu.

Shereen lebur rekod 30 tahun milik Rabia
Shereen berjaya memperbaharui rekod milik Allahyarhamah Rabia Abdul Salam iaitu 52.56s yang dilakukan pada 1993, di Filipina.

KBS pantau pencapaian Shereen Vallabouy - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata pencapaian Shereen adalah satu perkara membanggakan dan mengharumkan nama negara.

Shereen permata baharu olahraga negara
Selain menjuarai acara final dalam Divisyen II NCAA, Shereen juga mendominasi peringkat kelayakan apabila muncul atlet terpantas dengan catatan 53.88s.

'Speedy Jantan' tidak pertahankan emas 100m di Sukan SEA Filipina
Sekadar melakarkan kepantasan 10.71 saat pada aksi final 100m pada Kejohanan Olahraga KOM minggu lalu, sekali gus gagal melepasi had kelayakan 10.43s seperti ditetapkan.