KUALA LUMPUR: Pemain skuasy remaja sensasi negara Aifa Azman meneruskan prestasi terbaiknya hari ini, untuk layak ke perlawanan akhir Skuasy Terbuka Malaysia 2021 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.
Aifa, pemain nombor 69 dunia, mempamerkan satu lagi permainan cemerlang mengejutkan pemain pilihan kelima kejohanan dan ke-19 dunia Danielle Letourneau 11-4, 11-7, 5-11, 11-3 pada perlawanan separuh akhir, bagi memastikan adanya wakil negara pada perlawanan akhir.
Pemain yang menyertai kejohanan menerusi 'wildcard' itu, bermula dengan baik mendahului 2-0 sebelum Letourneau mengikuti rapat dan menang set ketiga, namun Aifa yang terus fokus pada permainannya, berjaya menang set keempat, sekali gus layak ke perlawanan akhir dalam masa 32 minit.
Pemain berasal dari Kedah itu akan bertemu pemain nombor lapan dunia dari Mesir Salma Hany, selepas pemain pilihan utama itu layak ke akhir dengan mudah mengalahkan pemain pilihan keempat Hollie Naughton dari Kanada 11-1, 11-8, 11-5.
Sebelum ini Aifa berjaya mengejutkan tiga pemain Mesir - pemain nombor 47 dunia Mayar Hany, Yathreb Adel (31 dunia) dan Hana Ramadhan (35 dunia) untuk layak ke separuh akhir.
Pemain berusia 19 tahun itu berkata kini mendapat suntikan keyakinan untuk berhadapan dengan pemain dengan ranking lebih tinggi daripadanya.
"Saya tidak menjangkakan akan bermain di perlawanan akhir, tetapi selepas undian saya rasa mungkin akan ada peluang untuk saya menang, jadi selepas menang pusingan pertama, saya fokus untuk perlawanan seterusnya dan saya terus lakukannya hingga layak ke akhir.
"Mengalahkan pemain yang lebih tinggi rankingnya mendorong saya untuk terus berlatih dengan kuat dan untuk berada dalam kalangan 20 pemain terbaik dunia dalam masa beberapa tahun atau mungkin tahun hadapan," katanya kepada media selepas perlawanan.
Sementara itu kategori lelaki menyaksikan juara bertahan Ng Eain Yeow gagal untuk mempertahankannya, selepas dikalahkan oleh pemain pilihan pertama Miguel Rodriguez dari Colombia 11-9, 11-9, 11-6.
Pemain Colombia itu akan berhadapan pemain pilihan kedua Saurav Ghosal dari India, yang menewaskan pemain Perancis Victor Crouin 12-10, 11-9, 11-9.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021

Aifa mempamerkan satu lagi permainan cemerlang mengejutkan pemain pilihan kelima kejohanan, Danielle Letourneau 11-4, 11-7, 5-11, 11-3. - Gambar/ Bernama

Henti pakai empat produk kosmetik ini segera - KKM
Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik itu perlu menghentikan penjualan dan pengedaran serta-merta.

Berita Palsu | PDRM nafi ada kes culik, jual organ kanak-kanak
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkaitan dakwaan penculikan dan penjualan organ kanak-kanak di negara jiran seperti yang tular di beberapa platform media sosial. Menurut Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan, mesej palsu tersebut tular sejak tahun 2017 dan kembali diulang siar di media sosial baru-baru ini.

COVID-19: Kes baharu, kematian meningkat minggu lepas - Dr Noor Hisham
Kes baharu harian COVID-19 meningkat 6.1 peratus pada minggu epidemiologi (ME) ke-26.

Kejohanan Wimbledon: Maria sertai senarai legenda selepas tewaskan Ostapenko
Tatjana Maria menyertai senarai legenda apabila mencipta kejutan mara ke suku akhir Kejohanan Tenis Wimbledon dengan menewaskan Jelena Ostapenko malam tadi.
![[TERKINI] Filem Mat Kilau | Sultan Selangor titah hayati perpaduan Melayu [TERKINI] Filem Mat Kilau | Sultan Selangor titah hayati perpaduan Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976463/thumbnails/38269422741656915041898_640x360.jpg)
[TERKINI] Filem Mat Kilau | Sultan Selangor titah hayati perpaduan Melayu
Ini kenyataan baharu yang dikeluarkan Istana Alam Shah kenyataan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang baginda memaklumkan telah menonton filem Mat Kilau.

Penganggur didakwa bunuh pelajar perempuan 16 tahun
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya di rumah lelaki itu pada bulan lepas.

Lebih 100,000 pelarian Ukraine berada di Perancis
Sebanyak 84 peratus orang yang berpindah dari Ukraine tidak berhasrat untuk pulang ke tanah air mereka.

2.4 juta kenderaan dijangka ke Pantai Timur sempena Aidiladha
Anih Berhad menjangkakan sebanyak 1.648 juta kenderaan bakal menggunakan Lebuhraya Kuala Lumpur Karak dan 704,000 di LPT1 kali ini sempena Aidiladha.

Dua belas individu didakwa tawar pinjaman tidak wujud
Dua belas individu termasuk tiga wanita masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah menawarkan pinjaman tidak wujud Jun lepas.

Lebih banyak hari tanpa hujan sehingga September
Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak sepanjang tempoh Monsun Barat Daya yang bermula pada 14 Mei dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Sept.

Permulaan mudah Aifa Azman di Kejohanan Individu Asia
Juara baharu skuasy Terbuka Malaysia, Aifa Azman memulai kempennya dalam Kejohanan Individu Asia 2021 di Islamabad, Pakistan dengan aksi cemerlang hari ini.

Aifa dambakan lebih banyak kejayaan, tutup tirai 2021 dengan bergaya
Aifa yakin beliau kini berada dalam prestasi cemerlang menjelang Kejohanan Individu Asia di Islamabad, Pakistan.

Skuad lelaki, wanita Malaysia mara ke final Skuasy Berpasukan Asia 2021
Skuad lelaki dan wanita negara hanya selangkah daripada merangkul gelaran pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia 2021.

Jangan beri tekanan kepada Aifa Azman ganti Nicol David - Ahmad Faizal
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan memberi tekanan kepada Aifa Azman untuk menggantikan ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David.

Kisah dongeng Aifa jadi nyata, muncul juara Terbuka Malaysia 2021
Kisah dongeng pemain skuasy remaja negara Aifa Azman di Terbuka Malaysia 2021 menjadi realiti apabila menundukkan pilihan utama dari Mesir Salma Hany di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini.

Aifa teruskan kecemerlangan layak ke akhir, Eain Yow terkandas
Pemain skuasy remaja sensasi negara Aifa Azman meneruskan prestasi terbaiknya hari ini, untuk layak ke perlawanan akhir Skuasy Terbuka Malaysia 2021 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.

Terbuka Malaysia: Aifa Azman, Eain Yow mara ke separuh akhir dengan bergaya
Pemain skuasy wanita sensasi negara Aifa Azman menitiskan air mata kegembiraan selepas menumpaskan lawan ketiganya dari Mesir.

Tiga pemain utama negara layak ke suku akhir
Dalam pada itu, Yiwen, juga juara remaja Asia dua kali, terpaksa berhempas pulas sebelum mengalahkan pemain Mesir, Sana Ibrahim 11-8, 8-11, 11-7, 11-7 untuk menentang Farida di saingan suku akhir.