IBARAT sudah nyawa-nyawa ikan, namun magis tiga gol jaringan pemain import menyelamatkan pasukan Kelantan dari jatuh ke Liga Perdana musim hadapan.
Namun, bukan itu yang hangat diperkatakan penyokong dan pemerhati bola sepak tanah air. Sebaliknya, air mata Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani, menjadi perhatian.
Bibi dirakam mengalirkan air mata ketika pemain import Alessandro Celin menjaringkan gol kedua Kelantan, pada minit ke 80 permainan.
Ia mengundang sebak kerana dalam kalangan peminat bola sepak tanah air, mereka pastinya maklum tentang krisis yang melanda pasukan yang pernah digelar gergasi Pantai Timur itu.
Di laman sosial, ramai yang berkongsi gambar dan video rakaman itu, dengan kapsyen yang cukup beremosi.
Penyokong Kelantan khususnya, berharap pengorbanan Bibi dihargai pemain dan bermain bermati-matian demi maruah pasukan itu.
Mereka juga tidak ketinggalan mengirimkan ucapan terima kasih kepada Bibi kerana sanggup tampil menyelamatkan pasukan Kelantan di saat semua pihak sudah tidak lagi menaruh harapan dan keyakinan kepada pasukan tersebut.
Dalam perlawanan semalam, Kelantan menang 3-1 ke atas Melaka United, yang mengesahkan mereka kekal dalam Liga Super musim hadapan.
Madiha Abdullah
Sun Oct 29 2017
Bibi dirakam mengalirkan air mata ketika pemain import Alessandro Celin menjaringkan gol kedua Kelantan, pada minit ke 80 permainan.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Ahli gabungan Kafa mahu Bibi Ramjani undur secara terhormat
Lepaskan jawatan secara terhormat atau berdepan dengan undi tidak percaya pada kongres tergempar persatuan itu dalam masa dekat.
Fajr Ibrahim kini pengarah teknikal TRW
Langkah membawa jurulatih dari Syria itu untuk mengemaskini semula perancangan Kelantan bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia, musim ini.
KAFA sahkan S. Veenod sertai Kelantan musim depan
KAFA setuju ikat kontrak pemain berusia 29 tahun itu selama dua tahun bagi memperkuatkan The Red Warriors terutama di bahagian tengah.
KAFA tumpu kepada pemilikan lesen dan perlawanan bertemu Melaka United
KAFA beri tumpuan kepada dua perkara penting sebelum melakukan perancangan berkaitan pembentukan pasukan Kelantan pada saingan Liga-M.