ITU amaran pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, sebelum aksi kedua saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berakhir Malaysia tewas 2-1, semalam.
Sebelum pertemuan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, tumpuan peminat di Malaysia terhadap semi-finalis Piala Asia 2019 itu lebih terarah kepada perancang utama, Omar Abdulrahman.
Omar yang menyinar sewaktu membenam skuad negara 10-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2018 empat tahun lalu disebut bakal memberikan masalah besar buat Harimau Malaya meskipun dia baru pulih daripada kecederaan lutut yang panjang.
Bagaimanapun, jelas sekali tekaan Cheng Hoe mengenai Ali menjadi kenyataan.
Penggempur berusia 28 tahun itu terlebih dahulu mencuri tumpuan di Bukit Jalil, kira-kira selepas setengah jam beraksi susulan pertengkaran melibatkan dia dan tonggak tengah kebangsaan, Brendan Gan, akibat rempuhan 'nakal' yang disengajakan di atas padang sehingga mengakibatkannya dilayangkan kad kuning.
BACA: Sayang... (MAS 1 - 2 UAE)
BACA: Stadium Nasional terbaik, tapi padangnya menyedihkan - Marwijk
Sejak insiden itu, dia menerima ejekan setiap kali memegang bola, namun penyerang utama kelab Liga Gulf Arab, Al Jazira, itu membalas dengan jaringan penyamaan menerusi tandukan dan meraikannya dengan gaya memberi isyarat menutup mulut di depan penyokong negara, sekali gus memadamkan gol pendahuluan oleh Syafiq Ahmad.
BACA: Adik Omar iringi skuad Harimau Malaya ke padang
Dia juga menyumbat gol kemenangan selepas bijak menghidu kesilapan Shahrul Saad serta Matthew Davies yang gagal mengeluarkan bola dengan kemas dan sekali lagi, dia meraikannya di depan penonton di Bukit Jalil.
Dua gol yang dihasilkan itu juga membolehkan pemenang dua kali Liga Pro UAE itu mencatat jaringan peribadi ke-51 di pentas antarabangsa sambil Cheng Hoe dan anak buahnya terpaksa menelan kepahitan tewas buat kali ketiga tahun ini selepas tunduk di tangan Singapura dan Jordan, sebelum ini.
Apa yang pasti, kesudahan aksi di Bukit Jalil itu telah memahatkan satu nama baru dalam ingatan semua peminat Harimau Malaya.
Jika sebelum ini nama Omar menjadi igauan tetapi kini, mungkin Ali watak paling 'dibenci' dari UAE.
Namun, pujian harus diberikan buat Harimau Malaya kerana telah mempamerkan persembahan terbaik tahun ini sehingga sukar mencari perbezaan di antara Malaysia dan UAE biarpun lawan menduduki ranking ke-65 dunia berbanding Malaysia, 159.
Astro Arena
Wed Sep 11 2019
Jika sebelum ini nama Omar menjadi igauan tetapi kini, mungkin Ali watak paling 'dibenci' dari UAE. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ali Mabkhout, antagonis dari UAE
Itu amaran pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, sebelum aksi kedua saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang UAE yang berakhir Malaysia tewas 2-1, semalam.
Wira Real Madrid bangkang VAR
Pemain antarabangsa Wales itu tampil dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan dengan sentuhan pertamanya pada minit ke-81 di Abu Dhabi.
Ten Cate: Al Jazira akan 'letakkan tiga bas' menentang Real Madrid
Kemenangan tipis ke atas Auckland City dan Urawa Red Diamonds membolehkan Al Jazira menempah slot menentang juara Eropah, yang pernah dilatih oleh Jose Mourinho.