New Zealand mengukuhkan reputasi sebagai kuasa besar ragbi, apabila mencipta sejarah menjadi satu-satunya pasukan yang mampu mengekalkan kejuaraan Piala Dunia untuk dua edisi berturut.
All Blacks menyingkirkan cabaran Australia 34-17 untuk bergelar juara.
Turun selaku juara bertahan, New Zealand bagaimanapun tidak memandang rendah keupayaan The Wallabies di bawah kendalian Michael Cheika itu, yang mana turut mempamerkan aksi yang cukup menyakinkan sepanjang kejohanan.
Tujuh minit sebaik perlawanan bermula, All Blacks peroleh mata pertama mereka menerusi penalti Daniel Carter, namun kelebihan itu tidak kekal lama apabila Bernard Foley menyamakan kedudukan 3-3 enam minit selepas itu.
All Blacks terus perkemaskan corak dengan menambah mata menerusi dua penalti Carter.
Percubaan daripada Nehe Milner-Skudder dan dilengkapkan dengan conversion Carter melebarkan kedudukan kepada 16-3 menuju babak kedua.
Dengan hanya seminit selepas rehat, New Zealand memperoleh try melalui Ma'a Nonu menjadikan kedudukan 21-3.
Namun ketinggalan jauh tidak mematahkan semangat Australia sebaliknya pasukan itu bangkit merapatkan jurang mata dengan memperoleh dua try dan dua conversion selepas itu, untuk menjadikan kedudukan 21-17.
Tidak melatah, All Blacks mengorak langkah menambah satu try, satu conversion dan satu penalti untuk menoktahkan kemenangan 34-17 ke atas Australia, sekaligus menjulang trofi gemilang itu untuk dua edisi berturut.
New Zeland mempamerkan aksi cemerlang bermula dari aksi peringkat kumpulan dengan mengekalkan rekod bersih 100 peratus kemenangan.
Momentum itu diteruskan hinga ke penghujung perlawanan untuk membolehkan mereka merangkul kejuaraan ketiga mereka di Piala Dunia.
Sejak 1987, belum ada lagi pasukan menjuarai Piala Dunia untuk dua edisi berturut dan New Zealand telah merakam sejarah untuk menjadi pasukan pertama berbuat demikian.
Astro Arena
Sun Nov 01 2015
Kapten pasukan New Zealand 'All Blacks', Richie McCaw menjulang piala selepas pasukan itu menewaskan Australia pada perlawanan akhir Piala Dunia ragbi di Stadium Twickenham, London, Sabtu malam. - Foto AP Photo/Tim Ireland
Semua 31,600 jemaah Tabung Haji tahun ini akan masuk Raudah
Namun begitu, ia bergantung atau tertakluk kepada kerajaan Arab Saudi untuk meluluskan permohonan yang dibuat melalui aplikasi Nusuk.
Niaga AWANI: Pelaburan ESG: Pulangan kewangan dengan impak positif untuk semua
Sempena Minggu ESG Pasaran Modal Malaysia yang akan berlangsung pada minggu depan, Niaga AWANI akan membincangkan bagaimana pelabur boleh menyepadukan ESG, pelaburan lestari, dan pelaburan impak dalam strategi pelaburan serta menghasilkan pulangan yang lestari dalam portfolio pelaburan mereka bersama Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan, Pengurus Portfolio, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
1.6 juta orang tonton konsert percuma Madonna di pantai Copacabana Brazil
Konsert yang berlangsung pada Sabtu lalu sebagai menutup konsert jelajah dunia "Celebration" penyanyi itu.
Dua lelaki diselamatkan, terperangkap arus deras kepala air
Ketika kejadian, kedua-dua lelaki berkenaan sedang melakukan aktiviti memancing di kawasan tersebut.
Niaga AWANI: Kenaikan gaji penjawat awam: Apa impak kepada ekonomi
Selepas ditangguhkan beberapa kali dan lebih 12 tahun tiada kenaikan secara formal, pengumuman kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus pasti disambut meriah lebih 1.7 juta kakitangan awam. Bagaimana langkah ini dapat merangsang pertumbuhan ekonomi negara?
Kupasan lanjut bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
#NiagaAWANI
Kupasan lanjut bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
#NiagaAWANI
Meta janjikan capaian lebih tinggi untuk pelanggan berbayar Meta Verified
Meta turut mengumumkan dua ciri tambahan untuk para pelanggan perniagaan yang melanggan Meta Verified.
Niaga AWANI: Niaga hadapan MSM diniaga pada kecendderungan meningkat menjelang data tanaman utama dikeluarkan minggu ini
Bagi minggu baru berakhir, pasaran kebanyakannya tinggi berikutan permintaan kukuh dari India.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Ringgit dijangka diniaga berhati-hati minggu ini
Pada asas Jumaat-ke-Jumaat, ringgit mengukuh kepada 4.7370/7400 berbanding dolar AS daripada 4.7650/7710 seminggu sebelumnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Bursa dijangka diniaga dalam jajaran kecil dengan kecenderungan meningkat minggu ini
Ketua Penyelidikan dan Penasihat Kekayaan serta Pengurus Portfolio Bertauliah di UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata prestasi Apple dan Qualcomm yang meningkat di Wall Street baru-baru ini, dengan pelaburan terbesar Microsoft di Malaysia, dijangka mengukuhkan sektor teknologi di bursa tempatan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AWANI Ringkas: Jenayah komersial naik 95.2%
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cane dilantik kapten baru All Blacks
Pemain berusia 28 tahun itu membuat kemunculan pertama ketika menentang Ireland pada 2012 dan sejak itu telah mewakili negaranya sebanyak 68 kali.
Kontrak ragbi Sonny Bill Williams termahal - RM28 juta untuk 24 bulan
Berpindah dari 'rugby union' ke 'rugby league', bintang All-Blacks Sonny Bill Williams kini pemain termahal sukan ragbi.