Juara bertahan, New Zealand mengesahkan kemaraan ke saingan suku akhir sebaik menundukkan Tonga 47-9 selepas mempamer aksi kurang meyakinkan di awal perlawanan.

Tonga nyata tidak menghadirkan laluan mudah buat All Blacks sebaik mendominasi di awal permainan.

Namun try Ben Smith sedikit melegakan New Zealand sebelum Tonga kembali menekan dengan penalti yang diraih Kurt Morath.

Try Tony Woodcock kemudiannya menyaksikan New Zeland terus di depan, 14-3 sebelum tamat separuh masa pertama.

Barisan bimbingan Steve Hansen terus mendahului permainan bersambung separuh masa kedua.

Milner Skudder menjadi penyelamat All Blacks sebaik melakukan dua try, disusuli try daripada Sony Bill Williams, Sam Cane dan Ma'a Nonu cukup untuk memastikan New Zealand menamatkan saingan Kumpulan C dengan kemenangan, 47-9.

Kejayaan ini menyaksikan All Blacks mencatat rekod 11 kemenangan berturut-turut di saingan Piala Dunia, rekod terbaik yang pernah dihasilkan mereka kini.

New Zealand bakal bertemu sama ada Perancis ataupun Ireland di suku akhir nanti.

Dalam Kumpulan C, pasukan All Balcks yang juga pasukan pilihan mara ke suku akihr bersama dengan Argentina yang mempunyai baki satu perlawanan

Peminat-peminat ragbi di luar sana jangan lepaskan peluang saksikan dua perlawanan menarik yang bakal berlangsung hujung minggu ini di Astro Supersport 837