Dengan musim Piala Dunia yang telah tiba, kaum lelaki serata dunia akan menjadi teruja untuk bersorak bagi pasukan bola sepak kegemaran mereka hingga mungkin terlupa bahawa separuh dari dunia ini sedang asyik dibuai mimpi ketika itu.
Mereka juga mungkin dengan ‘tidak sengaja’ terlupa akan tanggungjawab mereka.
Hubungan antara lelaki dan bola sepak sememangnya tidak dapat dipisahkan dan ini cukup untk memberi tekanan kepada kaum wanita.
Rata-rata boleh dilihat artikel ditulis mengenai bagaimana para isteri dan teman wanita perlu bertolak ansur kepada pasangan mereka bagi memberi kebebasan mutlak kepada mereka untuk menonton perlawanan Piala Dunia ini.
Antara peraturan atau apa yang di harapkan oleh kaum lelaki adalah memberi akses kepada untuk memegang alat kawalan jauh televisyen, tidak bercakap semasa menonton perlawanan serta menyokong pasukan yang mereka sokong.
Walau bagaimanapun, tidak banyak artikel yang ditulis mengenai perasaan wanita tentang Piala Dunia serta obsesi suami mereka menonton 22 lelaki mengejar sebuah bola.
Di sini, para wanita turut melontarkan pandangan mereka serta apa yang mereka harapkan daripada suami dan teman lelaki mereka.
Siti Hariani Othman, Cyberjaya:
“Saya tiada masalah menonton rancangan kegemaran saya ketika musim Piala Dunia kerana suami saya mempunyai set televisyen sendiri. Tetapi, memandangkan perlawanan diadakan pada waktu lewat malam, saya harap suami saya akan menjaga anak kecil kami jika dia terbangun di tengah malam seperti menyediakan susu. Jika boleh menjaga dan melayan anak kecil kami, saya tidak kisah jika mereka mahu menonton perlawanan bola sepak bersama asalkan tidak menggangu waktu tidur saya.”
Nirmala Karapiah, Sri Petaling:
“Saya harap dia tidak menjadi obsess dengan perlawanan itu sehingga lupa untuk hadir ke majlis seperti kenduri kahwin atau sambutan hari jadi. Saya mahu dia meluangkan masa bersama saya dan keluarga kerana pelawanan Piala Dunia biasanya diadakan selepas tengah malam dan dia akan tidur pada siang hari. Ini bermakna dia akan kurang luangkan masa bersama keluarga.”
Shashikala Vadivelu, Ampang:
“Saya harap dia tidak akan menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan televisyen, bersorak untuk pasukan kegemarannya sahaja, tetapi turut menjaga anak-anak juga.”
Janet Chan, Semenyih:
“Saya berharap semasa sama memasak dan sibuk mengemas rumah, suami saya dapat menjaga anak-anak dan tidak melekat di hadapan televisyen sepanjang masa. Nak memasak, mengemas rumah dan menjaga anak-anak ini satu kerja yang memenatkan jika suami anda asyik menonton bola sepak sahaja sepanjang hari.
Kavitha Jana, Kuala Lumpur:
“Tolong bantu saya di dapur dan juga bawa sama berjalan-jalan. Dia juga tidak patut asyik tidur awal atau tidur hingga ke tengah hari.”
T K Letchumy Tamboo
Sat Jun 14 2014

Tidak banyak artikel ditulis mengenai perasaan wanita menjelang musim Piala Dunia serta obsesi suami mereka dengan perlawanan ini.

Timbalan KM Sarawak mahu tembok, pagar dibina di sempadan Malaysia-Indonesia
Dr James Jemut mahu tembok dibina di kawasan strategik sepanjang sempadan Malaysia-Indonesia untuk mengekang kemasukan pendatang asing.

Cadangan guna keputusan percubaan SPM kurang sesuai - NUTP
Saranan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menggantikan peperiksaan sebenar dilihat kurang sesuai.

COVID-19: Pelajar wanita dari Malaysia antara kes bergejala import di Singapura
Dilabel sebagai kes 59422, pemegang pas pelajar itu tiba di Singapura dari negara asalnya, menurut kementerian berkenaan dalam data penuh yang dikeluarkan di sini.

FAM akan segerakan gerak kerja untuk skuad kebangsaan jalani latihan pusat
FAM menyambut baik keputusan KBS membenarkan pasukan negara menjalani kem latihan pusat.

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.

Kerugian akibat PKP 2.0 lebih rendah berbanding sebelum ini - Tengku Zafrul
Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali kedua menyebabkan negara kerugian RM600 juta sehari berbanding RM2.4 bilion sehari pada Mac hingga Mei, tahun lepas, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hina monarki Thailand, bekas penjawat awam dipenjara 43 tahun 6 bulan
Mahkamah Jenayah Bangkok Thailand menjatuhkan hukuman penjara 43 tahun 6 bulan ke atas seorang bekas penjawat awam kerana menghina atau memfitnah pemerintahan beraja atau monarki Thailand.

Remaja lemas selepas selamatkan tiga kanak-kanak di Kota Bharu
Seorang remaja berusia 16 tahun lemas semasa menyelamatkan tiga kanak-kanak di dalam anak sungai di hadapan rumahnya di Kampung Perupok Tikat.

10 Berita Pilihan - (19 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Calon SPM teruja dan gementar kembali ke sekolah
Selepas hampir setahun tertangguh akibat pandemik COVID-19, kini perjuangan sebenar untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula. Nur Mariana Mohammad Samrizal,18, dari Kepala Batas, Pulau Pinang berkata dia teruja untuk kembali ke sekolah dan sudah tidak sabar untuk menduduki SPM kerana terlalu lama menunggu sehingga pernah mengalami tekanan.

FAM akan segerakan gerak kerja untuk skuad kebangsaan jalani latihan pusat
FAM menyambut baik keputusan KBS membenarkan pasukan negara menjalani kem latihan pusat.

Premier League sahkan 16 lagi kes positif COVID-19
Premier League menjalankan dua ujian dalam tempoh seminggu di antara 4 dan 10 Januari lalu, yang secara keseluruhan telah mengesan 36 kes positif.

Sasaran Liverpool makin tersasar
Liverpool sudah seakan-akan kehilangan bisa mereka sejak waktu Krismas dan kini sekadar menduduki tangga keempat liga selepas seri 0-0 dengan Manchester United awal pagi tadi.

Kelayakan Piala Dunia: Format gelembung sukan jadi pilihan
Dengan peningkatan mendadak kes COVID-19, aksi kelayakan hampir pasti diadakan secara berpusat.

Ozil dilapor tamat kontrak Arsenal, pindah ke Fenerbahce
Ozil, 32, tidak tampil bermain untuk Arsenal sejak Mac lalu dan dipinggirkan daripada skuad Liga Premier dan Liga Europa.

COVID-19: Pemain bukan kambing hitam, kata Guardiola
Liga dan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) pada minggu ini menggesa pemain agar mematuhi protokol pandemik itu ketika meraikan gol.

Rashford ingat pesan Mourinho cara menangi sepakan penalti
United meraih sepakan penalti yang luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini berbanding seteru mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

COVID-19: Wakil New Zealand batal sertai Piala Dunia Kelab
Langkah kawalan pergerakan oleh kerajaan negara itu bagi mengekang penularan COVID-19 menjadi punca Auckland menarik diri.

Perpindahan Ozil ke Turki 'belum ada yang pasti' - Arteta
Ozil, yang bakal tamat kontrak penghujung musim ini, telah dikaitkan dengan penghijrahan menyertai gergasi Turki.

Enam pasukan peroleh lesen penuh kelab kebangsaan
Enam pasukan Liga Malaysia yang diberi lesen kelab kebangsaan secara bersyarat berjaya memenuhi syarat memperoleh lesen kelab kebangsaan.