KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak kebangsaan bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe, pada Isnin memulakan kem latihan pusat sebagai persediaan menghadapi Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020 di Singapura, bulan depan.
Kem Latihan Pusat Fasa 1 itu yang mengumpulkan barisan pemain yang telah menamatkan saingan Piala Malaysia 2021 bersama pasukan masing-masing, dijalankan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya.
Berdasarkan ciapan Twitter rasmi FAM, hanya pemain tengah Baddrol Bakhtiar diberi pelepasan untuk melapor diri pada Rabu ini, memandangkan 'arkitek' Kedah Darul Aman (KDA) FC itu menerima kelahiran anak keduanya baru-baru ini.
Ia sekali gus menyaksikan hanya 11 daripada keseluruhan 28 pemain yang disenaraikan Cheng Hoe mengikuti sesi latihan itu, melapor diri ke kem latihan pusat tersebut.
Selepas ini pemain dari pasukan yang tersingkir pada saingan separuh akhir Piala Malaysia akan melapor diri pada 28 Nov, manakala pemain yang beraksi di pentas final pertandingan berprestij itu akan menyertai pasukan pada 1 Dis.
Sementara itu, empat lagi pemain yang berpangkalan di luar negara iaitu Junior Eldstal, Dominic Tan, Luqman Hakim Shamsudin dan Dion Cools, dijadualkan akan terus menyertai pasukan di Singapura.
Kejuaraan Piala AFF 2020 dijadual berlangsung dari 5 Dis hingga 1 Jan tahun depan dengan Malaysia selaku naib juara edisi 2018, diundi dalam Kumpulan B bersama-sama penyandang juara Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.
Malaysia yang menyasarkan mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut, akan memulakan kempen kejuaraan berdepan Kemboja pada 6 Dis diikuti Laos (9 Dis), Vietnam (12 Dis) dan Indonesia pada 19 Dis dalam usaha muncul dua pasukan terbaik untuk layak ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 22 2021
Pasukan bola sepak kebangsaan bimbingan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe, hari ini memulakan kem latihan pusat sebagai persediaan menghadapi Kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020. - Foto: Facebook FAM
Nestlé Malaysia kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup, bantu penuhi impian rakyat Malaysia
Nestle Malaysia memperkenalkan semula peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Wanita simbah OKU dengan air panas dipenjara 10 tahun, hakim sifatkan kejam
Mahkamah menyifatkan perbuatan seorang wanita yang menyimbah air panas terhadap lelaki sindrom Down sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.
Malaysia kecam serangan Israel di Rafah
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan menjelaskan situasi di Rafah amat membimbangkan mengambil kira risiko bencana kemanusiaan yang tinggi.
Tunjuk perasaan pelajar AS gesa genjatan senjata Gaza
Polis menahan puluhan individu dalam perhimpunan pro-Palestin di Universiti Yale pada Isnin
Perkembangan terkini nahas helikopter TLDM di Lumut
Wartawan, Umavathi Ramayah membawakan perkembangan semasa nahas helikopter di Lumut.
Penyiasatan melalui data sistem pemantauan penerbangan
Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Prof Madya MEJAR Dr Mohd Harridon Suffian, berkata usaha mengenalpasti data penting akan ditumpukan oleh pasukan mencari dan menyelamat bagi melengkapkan siasatan berhubung nahas.
Latihan lintas hormat udara perlu ketepatan masa dan trajektori
Pandangan itu dikongsikan Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL, Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian sewaktu diminta mengulas antara punca yang boleh diramal susulan insiden dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak pagi ini.
Anwar ucap takziah, kehilangan besar buat negara
Ujarnya, negara berdukacita dengan tragedi yang menyayat hati dan meruntun jiwa membabitkan nahas tersebut.
Yang di-Pertuan Agong ucap takziah kepada keluarga mangsa
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter TLDM.
CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) memaklumkan, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) telah diaktifkan.
Police Tero terbang ke Johor
Kelab sensasi Thailand, Police Tero memilih Johor Bahru sebagai venue pemanas badan The Silver Shield Dragons ketika saingan Liga Satu Thai berhenti rehat sementara.
Bimbing kelab luar negara impian setiap jurulatih, kata Cheng Hoe
Cheng Hoe berkata, peluang mengendalikan kelab di luar negara merupakan impian mana-mana jurulatih, termasuk dirinya.
Cheng Hoe bukti jurulatih Malaysia diiktiraf - Kim Swee
Kim Swee menyifatkan satu pengiktirafan kepada jurulatih Malaysia apabila Tan Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali pasukan Police Tero FC.
Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC, bakal bimbing kelab Thailand
Selangor FC memaklumkan mereka telah mencapai persetujuan bersama Cheng Hoe untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa serta-merta.
Cheng Hoe mahu Selangor lakukan persediaan hadapi saingan Piala AFC
Pertandingan di peringkat Asia itu kini sudah berubah dengan pasukan yang layak prestasi masing-masing sedang meningkat naik.
Liga Super: Selangor belasah Perak 4-0
Selangor FC menepati ramalan apabila menundukkan Perak FC 4-0 pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor petang tadi.
Liga Super: Cheng Hoe gusar Selangor tiada aksi kompetitif hampir dua bulan
Pasukannya akan berehat hampir dua bulan dan ia merupakan tempoh rehat paling panjang buat Cheng Hoe sepanjang bergelar jurulatih.
Selangor waspada kebangkitan Kelantan
Tan Cheng Hoe mengingatkan barisan pemainnya untuk mengekalkan rentak kemenangan yang dilakar dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini.
Piala FA: Prestasi cemerlang pastikan Selangor mara ke separuh akhir
Skuad kendalian Tan Cheng Hoe mempamerkan permainan yang lebih selesa dan mendominasi aksi.
Liga Super: Ayron del Valle aset berharga Selangor, bukan 'scammer', kata Cheng Hoe
Kelahiran Colombia itu sekali lagi membuktikan ketajamannya di depan gawang apabila menjaringkan gol berganda di Ipoh pada Sabtu.