ROMEO Beckham melakukan penampilan profesional pertamanya bersama kelab divisyen tiga Amerika Syarikat (AS), Lauderdale CF, malam tadi.
Pemain berusia 19 tahun itu menandatangani kontrak bersama kelab berkenaan awal bulan ini dan bermula di posisi sayap kanan buat skuad simpanan Inter Miami itu -- pasukan MLS yang dimiliki oleh bapanya, David Beckham.
Dia bermain selama 79 minit ketika pasukannya terikat 2-2 dengan South Georgia Tormenta FC dalam perlawanan USL League One itu.
"Bertuah untuk melakukan penampilan profesional pertama saya bersama Fort Lauderdale, fokus sepenuhnya untuk perlawanan yang akan datang," tulis Romeo Beckham dalam Instagram selepas perlawanan itu.
Satu lagi nama yang dikenali dalam barisan Lauderdale adalah pemain tengah, Harvey Neville, yang merupakan anak kepada Gary Neville -- melakukan penampilan ke-16 bersama pasukan Florida itu sejak meninggalkan Akademi Manchester United.
Kedua-dua pemain itu berpeluang untuk kembali diturunkan dalam perlawanan menentang Greenville Triumph pada 2 Oktober ini dengan membawa misi memperbaiki kedudukan dari tangga kelapan liga.