Pilihan kedua, Andy Murray mara ke suku akhir selepas mengatasi Andreas Seppi dalam aksi straight sets pada Tenis ATP masters di Miami.

Turut mara David Ferrer, Richard Gasquet dan Jurgen Melzer.

Terdahulu, pilihan kelima Ferrer turun berdepan Kei Nishikori.

Ferrer mara bergaya setelah melakar kemenangan mudah 6-4, 6-2 ke atas wakil Jepun itu.

Lawan Ferrer di suku akhir nanti adalah pemain Austria, Melzer.

Melzer mara setelah menumpaskan pemain Sepanyol, Albert Ramos dalam tiga set 2-6, 6-3 dan 6-3.

Pilihan kelapan Richard Gasquet turut tersenarai dalam slot lapan akhir susulan kemenangan ke atas Nicolas Almagro.

Tidak berdepan laluan mudah, Gasquet tewas 6-7 di set pertama sebelum bangkit menang dua set berikutnya 7-5 dan 7-6.

Sementara itu, naib juara musim lalu Murray tidak berdepan masalah.

Bintang Britain ini menang 6-2 di set pertama sebelum mengesahkan kemaraan dengan kemenangan 6-4 pada set berikutnya.