SUKAN
Annuar Musa mahu penaja TRW runding ikut prosedur, elak silap faham
Tan Sri Annuar Musa (kiri) baru-baru ini menyatakan KAFA memerlukan RM12 juta untuk pasukan yang kuat musim hadapan. - Foto fail
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mahu sebarang penaja yang ingin menaja pasukan The Red Warriors (TRW) musim hadapan agar dapat mengikuti prosedur yang betul untuk mengelakkan sebarang salah faham.
Beliau menegaskan hal tersebut dalam satu status Facebook yang dilihat sebagai respon kepada kenyataan terbaharu yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.
Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd itu mendedahkan persetujuan untuk menaja TRW namun dengan dua syarat iaitu stadium rasmi pasukan Kelantan dicat semula dengan warna merah jambu dan nama pasukan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors.
Dua syarat itu juga telah mengundang respon bercampur-campur dalam kalangan peminat pasukan tersebut.