awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apabila Usain Bolt dirempuh skuter

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
28/08/2015
05:08 MYT
Apabila Usain Bolt dirempuh skuter
Bolt bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Foto Reuters
MASYARAKAT seluruh dunia sudah tentu mengenali Usain Bolt sebagai manusia terpantas di dunia.
Menewaskan Bolt barangkali misi paling sukar untuk mana-mana pelari pecut.
Itu dibuktikan apabila beliau sekali lagi menggondol pingat emas dalam acara 200 meter di Kejohanan Dunia di Beijing pada Khamis.
Namun bukan itu yang menjadi perhatian, sebaliknya klip Bolt dirempuh dari belakang oleh sebuah skuter Segway yang ditunggang oleh seorang jurukamera, menjadi perkongsian hebat di laman sosial.
Kejadian itu berlaku ketika Bolt sedang meraikan kemenangannya.
Seorang jurukamera yang bertugas cuba mendapatkan 'shot' terbaik Bolt sambil menunggang skuter.
Namun skuter itu gagal dikawal dengan baik lalu melanggar Bolt dari belakang.
Pelanggaran itu menyebabkan Bolt jatuh terduduk dan seorang petugas kemudiannya membantu Bolt yang sedang dalam kesakitan untuk bangun.
Bolt bagaimanapun tidak cedera, malah sempat bergurau dengan mengatakan pesaingnya, Justin Gatlin, telah membayar jurukamera tersebut untuk mencederakannya.
Video kredit: Laman Youtube Football Online
Topic Berkaitan
#Kejohanan Dunia 2015
#Usain Bolt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan