awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Apek" jangka Piala Malaysia ditentukan menerusi penalti

Bernama
Bernama
31/10/2013
05:13 MYT
"Apek" jangka Piala Malaysia ditentukan menerusi penalti
Penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat menjangka perlawanan akhir Piala Malaysia antara pasukannya dan Pahang akan berakhir dengan sepakan penalti.
Bagaimanapun kata Khairul Fahmi yang lebih dikenali sebagai Apek, beliau bersedia menghadapi kemungkinan itu dengan memantapkan persediaan mental dan fizikal.
"Kita kena bersedia untuk bertarung lebih daripada 90 minit. Saya juga akan memantapkan lagi kemahiran jika perlawanan diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Penjaga gol kebangsaan itu berpandangan amat kritikal bagi barisan tengah dan pertahanan Kelantan mengunci pergerakan tiga penyerang Pahang iaitu Mathias Conti, Azamuddin Akil dan R. Gopinathan.
Selain itu beberapa pemain tengah Tok Gajah juga harus diawasi kerana mereka yang mengatur gerak dengan hantaran berbahaya kepada penyerang, katanya.
"Justeru, latihan beberapa hari menjelang perlawanan akhir ini akan kami gunakan dengan sebaik mungkin dan strategi yang telah diatur oleh ketua jurulatih, Bojan Hodak perlu dipatuhi sebaik mungkin," katanya.
Mengulas ketiadaan tonggak utama barisan pertahanan Obinna Nwaneri yang mengumpul dua kad kuning dalam perlawanan sebelum ini, Khairul Fahmi berkata ketiadaan Obinna akan membuatkan pasukan itu lebih bekerja keras.
"Namun saya yakin dengan pengalaman kami beraksi di pentas perlawanan akhir sebelum ini sedikit-sebanyak akan membantu kami mengawal keadaan pada malam itu nanti dan khidmat penyokong juga ditagih untuk memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi," katanya.
Topic Berkaitan
#Kelantan
#Khairul Fahmi
#Pahang
#Piala Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan