AMIN Najmi Romzi melakar kejutan apabila mengatasi rakan senegara, Afiq Afify Rizan, untuk mengungguli pingat emas acara 4,000km kejar mengejar individu lelaki (B) Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017, sebentar tadi.
Amin mencatat masa 4 minit 55.501 saat untuk mengatasi Afiq yang mengakhiri perlumbaan di tempat kedua menerusi catatan 5:09.455s manakala peserta Singapura, Jessen Ng, di tempat ketiga.
"Saya sangat gembira dengan kerana dapat menghadiahkan pingat emas untuk negara dan keluarga saya," kata jurumudi kepada Amin, Firdaus Zonis.
Turut cemerlang, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais, yang meraih emas dalam acara 3,000km kejar mengejar individu wanita (B) dengan kepantasan 4:04.633s untuk mengatasi Emily Lee dari Singapura (4:25.184s) manakala Nur Syahida Tajudin mengulangi pencapaian semalam apabila meraih gangsa.
"Saya amat bersyukur dengan kejayaan ini. Ia merupakan hasil tunjuk ajar jurulatih dan sokongan rakan sepasukan saya," kata Nur Azlia yang bergandingan dengan Noraidillina Adilla J. Sam.
Sehubungan itu, skuad berbasikal trek para negara menutup tirai edisi ke-9 ini dengan keseluruhan 12 emas, melebihi sasaran 10 emas yang ditetapkan sebelum ini, hasil kejayaan tujuh emas semalam di samping atlet negara membolot kesemua lima emas yang ditawarkan hari ini.
Antara penyumbang emas hari ini adalah Shukor Farhan Suliman dalam acara 3km individu kejar-mengejar kategori C1, C2 dan C3 campuran.
Shukor melakar 4:6.204s untuk mengatasi rakan sepasukan, Nabil Rosli.
Seterusnya, dalam 4km individu kejar-mengejar kategori C4 lelaki, Najib Turano menghadiahkan emas dengan catatan 5:10.010s dan Zulhairie Ahmad Tarmizi melengkapkan kejayaan Malaysia di Velodrom Nasional, Nilai menerusi acara 4km kejar mengejar C5 lelaki.
"Alhamdullilah saya berjaya meraih dua pingat emas. Ia merupakan sasaran yang telah diletakkan oleh jurulatih bagi menghadapi kejohanan kali ini," kata Najib.
Zulhairie yang turut gembira apabila mengulangi kehebatan semalam (1km ujian masa C5) berkata: "Ia menjadi pembakar semangat saya bagi meneruskan persembahan cemerlang untuk meraih satu lagi emas untuk negara."
Astro Arena
Mon Sep 18 2017
Pelumba negara (dari kiri) Muhammad Firdaus, Muhammad Amin, Muhammad Khairul Adha dan Muhammad Afiq menunjukkan pingat masing-masing pada Sukan Para ASEAN ke-9 Kuala Lumpur 2017 di Velodrom Nasional, Nilai, 18 Sept, 2017. --fotoBERNAMA
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
APG - Berbasikal: Cemerlang dengan 12 emas
Amin mencatat masa 4 minit 55.501 saat untuk mengatasi Afiq yang mengakhiri perlumbaan di tempat kedua menerusi catatan 5:09.455s manakala peserta Singapura, Jessen Ng, di tempat ketiga.