KELAB-KELAB bola sepak Arab Saudi melakukan kesilapan yang cukup besar apabila membuat keputusan membeli bintang-bintang ternama dari Eropah, kata Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin.
Menurut Ceferin, tindakan kelab-kelab Arab Saudi itu tidak ubah seperti negara China yang pernah melakukan kesilapan sama apabila membawa pemain-pemain yang sudah berada di penghujung karier bola sepak ke negara mereka.
"Saya fikir itu (membeli pemain-pemain masyhur) adalah kesilapan bagi bola sepak Arab Saudi.
"Mengapa itu menjadi masalah bagi mereka? Ini kerana mereka (Arab Saudi) seharusnya membuat pelaburan dalam bidang akademik, membawa masuk pelatih dan seharusnya membangunkan pemain mereka sendiri.
"Membeli pemain yang sudah menghampiri pengakhiran karier mereka bukanlah sistem yang mengembangkan bola sepak,” kata Ceferin yang menyindir trend kelab-kelab bola sepak Arab Saudi membawa pemain-pemain dari Eropah menyertai pasukan mereka.
Kenyataan Ceferin itu sebagai meredakan kekhuatiran mengenai kekuatan kewangan Arab Saudi yang dilihat seakan memberi ancaman kepada kelab-kelab bola sepak terbesar di Eropah.
Beliau berkata demikian dalam satu wawancara dengan saluran berita Belanda, NOS.
Perpindahan superstar bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dengan nilai kontrak yang lumayan merupakan antara contoh penghijrahan masyhur dari Eropah ke Liga Pro Saudi.
Dalam masa sama, kelab Al-Nassr yang disertai Ronaldo akan turut berhadapan degan persaingan pada musim depan apabila Karim Benzema pula mengumumkan penghijrahannya ke kelab Al-Ittihad setelah meninggalkan Real Madrid.
Tidak berakhir di situ sahaja, kelab Al-Hilal juga sedang berusaha membawa masuk Ruben Neves selain pemain seperti N'Golo Kante dan Hakim Ziyech turut dikaitkan dengan perpindahan ke liga tersebut.
Penghijrahan pemain-pemain dari Eropah ke Arab Saudi, tegas Ceferin, tidak dibimbanginya.
"Tidak… tidak… tidak," kata Ceferin.
Persoalan mengenai penghijrahan bintang-bintang bola sepak ke Arab Saudi pada hujung karier mereka bukan kehilangan besar buat Eropah, tegas Caferin.
“Kita tidak kehilangan mereka. Mereka masih bermain bola sepak. Pada penghujung karier mereka, sebilangan besar pemain hanya mahu mendapat sejumlah wang.” - Agensi
Agensi
Tue Jun 20 2023
Kelab-kelab bola sepak Arab Saudi melakukan kesilapan yang cukup besar apabila membuat keputusan membeli bintang-bintang ternama dari Eropah, kata Aleksander Ceferin.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Lionel Messi, Cristiano Ronaldo tercicir daripada FIFPRO World 11
Jude Bellingham, Vinicius Junior, dan Kylian Mbappe merupakan antara enam pemain Real Madrid yang mendominasi senarai FIFPRO World 11.
Neymar sepatutnya menang lima Ballon d'Or - Buffon
Gianluigi Buffon percaya Neymar seharusnya memenangi sekurang-kurangnya lima anugerah Ballon d'or dalam karier bola sepaknya.
Gol akrobatik Cristiano Ronaldo warnai kemenangan Portugal
Pemenang Ballon d'Or lima kali itu melengkapkan hantaran silang Vitinha dengan jaringan akrobatik mengatasi Marcin Bulka.
Cristiano Ronaldo tidak letak pelan jangka masa panjang
Cristiano Ronaldo telah mengakui tidak boleh memikirkan terlalu jauh lagi ketika dia menghampiri usia 40-an.
ACLE: Arif Aiman tangga teratas jumlah percubaan tepat, Cristiano Ronaldo keempat
Arif Aiman kekal sebagai pemain yang mempunyai jumlah percubaan tepat terbanyak dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) ketika ini.
Ronaldo nafi beraksi di Liga Pro Saudi kerana wang
Ronaldo menjelaskan bahawa perpindahannya ke Liga Pro Saudi bukan kerana wang, sebaliknya kerana minatnya yang tinggi terhadap bola sepak.
ACLE: Arif Aiman di tangga kedua, Cristiano Ronaldo kesembilan
Bintang JDT Arif Aiman kini berada di tangga kedua dalam senarai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim ini.
Lelaki China sanggup berbasikal tujuh bulan jumpa Cristiano Ronaldo
Seorang pemuda sanggup berbasikal dari China ke Arab Saudi untuk bertemu bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo.
ACLE: Ronaldo, Laporte pacu kemenangan Al-Nassr
Selepas tiga perlawanan, ketiga-tiganya masih belum kalah - Al-Hilal dan Al-Ahli menduduki dua tempat teratas; Al-Nassr pula di tangga keempat.
Liga Pro Saudi: Penalti Cristiano Ronaldo selamatkan maruah Al-Nassr
Jaringan Ronaldo, pada minit ke-97 memberi kemenangan 2-1 dalam perlawanan dramatik ketika menentang pasukan tuan rumah, Al-Shabab, awal pagi tadi.