KUALA LUMPUR: Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15's) negara mengakhiri kempen Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2024 dengan kekalahan 19-62 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada saingan perlawanan Divisyen Premier di Stadium Sevens, Ud al-Bayda, Dubai semalam.
Skuad bimbingan Mohd Farid Syazwan Abu Bakar terpaksa akur dengan kehebatan UAE apabila ketinggalan 28 mata setelah lawan menguasai perlawanan separuh masa pertama dengan 40-12.
Separuh masa kedua, Malaysia melakukan try menerusi Henry Christian Preston pada minit ke-45 disusuli conversion Lee Chapman dalam cubaan bangkit mengejar mata, namun ia tidak memadai selepas UAE melakukan empat try serta satu conversion untuk memastikan kemenangan.
Keputusan dilakar itu menyaksikan Skuad Bunga Raya menamatkan perlawanan kelima dengan kedudukan tercorot Pool A tanpa mengumpul sebarang mata sekali gus terpaksa bermain bagi saingan ARC Divisyen Satu tahun hadapan.
Pada perlawanan sebelum ini, skuad Bunga Raya 15s dibelasah 5-55 oleh Korea Selatan sebelum turut tewas 6-70 kepada juara bertahan Hong Kong.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2024
Keputusan dilakar itu menyaksikan Skuad Bunga Raya menamatkan perlawanan kelima dengan kedudukan tercorot Pool A tanpa mengumpul sebarang mata.- Foto akaun X @15Sebelah
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
ARC 2024: Skuad Bunga Raya 15's tumpas kepada UAE 19-62
Skuad ragbi Bunga Raya 15 sebelah (15's) negara mengakhiri kempen Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2024 dengan kekalahan 19-62 kepada UAE.