awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ARRC: Hafizh Syahrin nyaris habis minyak

Astro Arena
Astro Arena
17/03/2024
20:45 MYT
ARRC: Hafizh Syahrin nyaris habis minyak
Hafizh Syahrin mengakui bertuah kerana bekalan minyaknya hanya cukup-cukup makan untuk menampungnya memecut ke garisan penamat. - Foto Facebook JDT Racing Team
PELUMBA JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah, tetap menganggapnya beruntung memiliki jentera yang cukup bertenaga, Ducati Panigale V46R, biarpun terlepas mendominasi Perlumbaan 2 ASB1000 di Litar Antarabangsa Buriram, semalam.
Selepas kecewa tidak dapat meneruskan Perlumbaan 1 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) itu sehari sebelumnya, Hafizh Syahrin menebusnya dengan menaiki podium selepas dipintas oleh penunggang Honda Asia-Dream Racing Astemo, Andi Farid Izdihar.
Penunggang berusia 30 tahun itu menepis sebarang keraguan terhadap kemampuan pasukannya untuk mencabar kejuaraan ARRC selepas kegagalan mekanikal menafikan penampilan positif.
Apa pun, dia mengakui bertuah kerana bekalan minyaknya hanya cukup-cukup makan untuk menampungnya memecut ke garisan penamat.
"Kalau perlumbaan bersisa sepusingan lagi, saya mungkin akan kalah.
"Saya kehilangan banyak minyak kena memecut dari awal perlumbaan lagi.
"Saya tiada sempat memeriksa motosikal (dengan rapi) berikutan terus menggunakannya (sebaik sampai di sini)," katanya selepas perlumbaan.
Topic Berkaitan
#Hafizh Syahrin Abdullah
#JDT Racing Team
#ARRC
#Litar Antarabangsa Buriram
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan