awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir landa selatan Perancis susulan hujan lebat berterusan
Ahmad Zahid adakan pertemuan dengan KSU Komunikasi
Lima anggota polis Pakistan maut dalam serangan bom dan tembakan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arteta terlepas hukuman

Sinar Harian
Sinar Harian
15/12/2023
03:40 MYT
Arteta terlepas hukuman
Mikel Arteta. - Gambar fail AP
PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta terlepas daripada dikenakan hukuman Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) susulan komennya mengenai pegawai perlawanan selepas kekalahan kepada Newcastle United aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium St James' Park pada 4 November lalu.
Arteta sebelum ini didakwa menyifatkan keputusan untuk tidak menolak jaringan Anthony Gordon dalam kekalahan 0-1 Arsenal sebagai memalukan dan selepas gol itu kekal selepas tiga pemeriksaan video bantuan pengadil (VAR).
Susulan itu, satu siasatan dijalankan suruhanjaya bebas terhadap bekas pemain Everton dan Arsenal tersebut kerana didakwa melanggar Peraturan FA E3.1.
"Arteta didakwa atas salah laku tetapi Suruhanjaya Pengawalseliaan bebas mendapati pertuduhan itu tidak dibuktikan.
"Penggunaan kata-kata yang diserlahkan oleh Arteta tidak dilihat sama ada secara individu atau keseluruhannya, melanggar Peraturan FA E3.
“Kata-kata yang diketengahkan tidak menghina pegawai perlawanan (atau pegawai perlawanan Liga Perdana secara amnya).
"Tiada apa-apa yang dikatakan Mikel Arteta dalam mana-mana temu bual yang membayangkan ketidakcekapan di pihak mereka, sama ada berkaitan dengan gol atau lebih umum tidak membawa permainan ke dalam reputasi (dan) tidak memudaratkan kepentingan terbaik permainan," kata suruhanjaya itu dalam keputusan bertulisnya.
Sebagai rekod, bekas pembantu Pep Guardiola di Manchester City itu sebelum ini terpaksa menjalani penggantungan semasa kekalahan Arsenal di Aston Villa hujung minggu lalu, selepas menerima tiga layangan kad musim ini.
Kelab London utara, yang berada di kedudukan kedua liga akan menanti kunjungan Brighton & Hove Albion pada di Stadium Emirates pada Ahad. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mikel Arteta
#Arsenal
#Newcastle United
#EPL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan