ASTAF tambah penggantungan Tok Mat

Astro Arena
Mei 25, 2021 21:11 MYT
Ahmad telah melepasi tarikh akhir rayuan dan kini perlu menjalani hukuman penggantungan selama 17 tahun bermula 6 Mei 2021. - Gambar fail
Perkembangan terbaru mengenai kemelut melibatkan Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail.
Kegagalan bekas timbalan presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) itu membayar denda ASD25,000 kepada ASTAF menyaksikan hukuman 15 tahun penggantungannya ditambah.
Menurut kenyataan dikeluarkan ASTAF bertarikh 24 Mei 2021, Ahmad Ismail telah melepasi tarikh akhir rayuan iaitu pada 20 Mei 2021.
Kini beliau perlu jalani hukuman penggantungan selama 17 tahun bermula 6 Mei 2021.
BACA: Tok Mat digantung 15 tahun, diberikan tempoh 14 hari untuk merayu
BACA: Masih tiada permohonan tubuh entiti ganti PSM - PJS
BACA: Tiada jawapan, ASTAF anggap Ahmad tidak minat bela diri
#PSM #sepak takraw #Astaf #Ahmad Ismail #penggantungan #rayuan #denda