awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada jawapan, ASTAF anggap Ahmad tidak minat bela diri

Astro Arena
Astro Arena
04/05/2021
21:02 MYT
Tiada jawapan, ASTAF anggap Ahmad tidak minat bela diri
Datuk Seri Ahmad Ismail, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia. - Gambar fail
PERSEKUTUAN Sepak Takraw Asia (ASTAF) menyifatkan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail, tidak berminat untuk mempertahankan diri selepas gagal menjawab tuduhan terhadapnya.
Presidennya, Datuk Abdul Halim Kader, berharap Ahmad dapat memberi kerjasama menghadiri prosiding tatatertib hari ini untuk menentukan status dan kedudukannya.
Permintaan Ahmad untuk melanjutkan tarikh menjawab tuduhan secara bertulis tidak diterima ASTAF.
Tambah Halim, prosiding tatatertib tetap akan diteruskan hari ini untuk mendengar dan membicarakan tuduhan terhadap Ahmad sekiranya beliau memilih untuk tidak hadir.
ASTAF memaklumkan bahawa mereka akan meneruskan tindakan tatatertib terhadap PSM berikutan kenyataan Ahmad mengenai pemilihan ASTAF 1 Mac lalu dan PSM juga digantung sementara sehingga perbicaraan diadakan.
"Pihak ASTAF tidak menerima sepertimana kami hendaki dalam 14 hari sebaliknya kami pula diberikan soalan-soalan baru untuk kami berikan kepada beliau. Jadi dalam erti kata lain, beliau enggan mempertahankan diri dan segalanya terpulang kepada pihak Ahmad," katanya.
"Seramai tujuh orang dilantik bagi mengendalikan kes berprofil tinggi yang dianggap penting kerana ia bukan kes biasa kerana ia melibatkan seorang presiden dalam badan induk sukan negara dan merupakan salah seorang anggota dalam ASTAF."
Topic Berkaitan
#Astaf
#bela diri
#Ahmad Ismail
#Abdul Halim Kader
#tarikh
#jawab tuduhan
#bertulis
#tindakan tatatertib
#PSM
#pemilihan ASTAF
#gantung sementara
#sepak takraw
#prosiding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan