awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro peroleh hak siaran Liga Perdana Inggeris hingga 2021/2022

Astro Awani
Astro Awani
26/09/2018
10:55 MYT
Astro peroleh hak siaran Liga Perdana Inggeris hingga 2021/2022
Astro mengumumkan hak eksklusif penyiarannya dilanjutkan bermula musim 2019/2020 hingga 2021/2022.
Berita baik untuk peminat bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL)!
Astro Malaysia Holdings Berhad memperoleh hak eksklusif untuk menyiarkan semua perlawanan liga tersebut untuk tiga musim akan datang.
Dalam satu kenayataan pada Rabu, Astro mengumumkan hak eksklusif penyiarannya dilanjutkan bermula musim 2019/2020 hingga 2021/2022.
Susulan ini, kesemua 380 perlawanan akan disiarkan di Astro dalam definisi biasa (SD) dan definisi tinggi (HD).
Ketua Unit Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata, penawaran perlawanan EPL musim depan juga akan menyaksikan beberapa elemen baru diperkenalkan.
"Kami harap untuk menggembirakan penonton dengan menyiarkan beberapa perlawanan terpilih dalam definisi ultra tinggi 4K," kata Choong Kay.
Pengerusi Liga Perdana Inggeris, Richard Scudamore turut menyatakan kegembiraan beliau mengenai pemeteraian kerjasama dengan Astro.
"Astro melaksanakan tugas yang baik dalam memastikan liga ini dapat ditonton menerusi pelbagai platform dan kami amat gembira Astro akan kekal sebagai rakan penyiar eksklusif kami sehingga musim 2021/22," katanya.
Selain semua rangkaian sukan Astro di televisyen, kesemua perlawanan EPL juga boleh ditonton secara langsung di aplikasi mudah alih Astro GO.
Topic Berkaitan
#Astro Sports
#bola sepak
#English Premier League
#EPL
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan