Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) memberi tempoh dua minggu kepada dua pemenang pingat Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak yang didapati positif doping untuk memberikan penjelasan.
Pemangku Setiausaha Kehormat NAAM Mejar (B) Amir Suharman Adnan berkata pihaknya telah menghantar surat mengenai perkara tersebut kepada persatuan memanah negeri sebagai wakil memandangkan kedua-dua atlet itu masih bersekolah.
Namun, sehingga kini badan induk sukan itu tidak boleh menyatakan nama atlet tersebut dan warna pingat yang diperoleh di Sukma Sarawak pada Julai lepas.
"Kita menghantar surat kepada mereka (persatuan memanah negeri) pada Jumaat lepas dan mereka perlu menjelaskan perkara yang berlaku sebelum sebarang tindakan diambil.
"Atlet juga perlu beritahu sekiranya mereka mahu membuka sample B atau menjalani prosiding pendengaran berhubung kes doping mereka itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Amir Suharman berkata sekiranya didapati bersalah, dua atlet itu berdepan penggantungan empat tahun dan boleh dikurangkan sehingga dua tahun jika boleh membuktikan penggunaan tersebut bukan silap mereka.
Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum ini mengumumkan dua atlet itu didapati mengambil bahan terlarang jenis sibutramine iaitu bahan yang terkandung dalam ubat diet dan melangsingkan badan.
Ia juga merupakan dadah yang sama dikesan digunakan atlet wusyu negara Tai Cheau Xuen ketika Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan sebelum ini.
Penggunaan sibutramine bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan Agensi Antidoping Dunia (WADA).
"Isu doping melibatkan sukan memanah adalah pertama kali berlaku, kita akan menyelesaikan perkara ini secepat yang mungkin," katanya.
Selain dua atlet memanah itu, Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) yang menjalankan ujian doping dari 20 hingga 30 Julain lepas telah mendapati seorang atlet angkat berat didapati positif kerana mengambil bahan terlarang iaitu anabolic steroids manakala seorang lagi atlet tinju didapati positif diuretika.
Bernama
Wed Oct 05 2016
Persatuan memanah negeri perlu menjelaskan perkara yang berlaku sebelum sebarang tindakan diambil. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Eugenius Lo cemerlang raih emas ketiga, samai rekod kebangsaan
Atlet memanah, Eugenius Lo Foh Soon sekali lagi menceriakan kem Sabah dengan aksi cemerlang apabila meraih pingat emas ketiganya.