awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
Denda RM3.81 juta bagi kesalahan alam sekitar tahun ini - JAS Johor
Usahawan muda angkat kembali warisan atap nipah dan rumbia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet negara lebih lengkap, sedia untuk berjuang di Paris - Hannah

Bernama
Bernama
05/06/2024
14:34 MYT
Atlet negara lebih lengkap, sedia untuk berjuang di Paris - Hannah
Hannah berkata ia kerana kerajaan berdiri teguh di belakang atlet negara dengan sedaya upaya berusaha menyediakan segala keperluan mereka menerusi projek RTG. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata para atlet negara ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung Julai ini lebih 'lengkap' dan bersedia berbanding ketika menghadapi beberapa edisi temasya sukan terbesar dunia itu sebelum ini.
Hannah berkata ia kerana kerajaan berdiri teguh di belakang atlet negara dengan sedaya upaya berusaha menyediakan segala keperluan mereka menerusi projek Road To Gold (RTG).
"Bagi kami (kerajaan) Malaysia telah melabur banyak kepada atlet dan saya pasti mereka juga mahu melihat kejayaan, mahu pingat dan hanya berharap semuanya akan berjalan lancar sehingga ke Paris. Paling penting tiada kecederaan..jadi kami doakan mereka berjaya.
"Kerajaan berdiri rapat di belakang atlet untuk memastikan semua yang mereka perlukan telah kita sediakan di bawah projek RTG (Road To Gold)," katanya pada sidang media selepas majlis minum petang bersama tiga pelumba berbasikal trek negara ke Paris di kediaman Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam di Bukit Tunku di sini, hari ini.
Pada masa sama, Hannah memuji ekosistem sukan berbasikal trek negara yang berjaya menarik minat sektor swasta untuk melabur dan sama-sama membangunkan sukan itu.
Katanya semua sukan tidak seharusnya hanya bergantung kepada dana daripada kerajaan semata-mata.
"Sebaik-baiknya setiap sukan harus mempunyai ekosistem ini, bukan sahaja kerajaan tetapi sektor swasta juga...CIMB, YSD (Yayasan Sime Darby) selama bertahun-tahun mereka melakukan ini dan itulah sebabnya berbasikal boleh melihat keputusan seperti ini.
"Jika anda hanya bergantung kepada kerajaan sahaja, sumber kami sentiasa ada had begitu banyak sukan lain yang perlu kami jaga," tambahnya.
Terdahulu, tiga pelumba berbasikal trek negara ke Olimpik Paris diraikan dalam satu majlis minum petang bersama Tun Musa yang juga bekas Pengerusi YSD di kediamannya di sini.
Pelumba-pelumba itu adalah sandaran pingat emas negara di Paris yang juga bekas juara dunia keirin 2017 Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi YSD Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar yang juga merupakan bekas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), ketua jurulatih skuad berbasikal trek negara John Beasley serta wakil-wakil penaja antaranya CIMB dan YSD.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor swasta
#sukan berbasikal
#Sukan Olimpik Paris 2024
#atlet negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan