KUALA LUMPUR: Atlet bergerak secara profesional turut diberikan sokongan dan bantuan terbaik menerusi program Gold Paris dalam merealisasikan kilauan emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata kesemua atlet yang berpotensi untuk layak atau menyumbang pingat di Olimpik, tidak kira sama ada bergerak secara profesional atau melalui persatuan kebangsaan akan diberikan bantuan di bawah program berkenaan.
"Namun, kita akan bincangkan dahulu prosedur atau kaedah untuk membantu atlet di bawah program Gold Paris 2024. Setakat ini kita memang sudah kenal pasti atlet terlibat namun tidak dapat dikongsikan buat masa ini," katanya ketika ditemui pemberita di MSN hari ini.
Beliau berkata bantuan yang akan diberikan menerusi program Gold Paris merupakan sebahagian Program Podium sedia ada MSN namun mempunyai pengkhususan kepada persiapan atlet negara menghadapi temasya sukan terbesar dunia itu.
Program Gold Paris akan dikelaskan kepada dua kelompok atlet iaitu yang mampu layak serta berpotensi menyumbangkan pingat emas.
Atlet yang tersenarai dalam program Gold Paris, dijangka diumumkan secara rasmi pada bulan depan.
Ahmad Shapawi berkata atlet bukan sahaja dibantu dari sudut sains sukan dan perbelanjaan malah program itu bersedia untuk membekalkan apa-apa jenis keperluan terbaik buat atlet yang berpotensi meraih pingat di temasya berkenaan.
Pemain badminton perseorangan lelaki Lee Zii Jia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (beregu lelaki), Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai (beregu campuran) antara atlet profesional yang bukan di bawah naungan persatuan sukan kebangsaan yang dilihat berpotensi layak ke Olimpik.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengucapkan tahniah kepada skuad boling negara yang muncul naib juara Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) di Hong Kong, apabila berjaya membawa pulang empat pingat emas, lima perak dan tiga gangsa.
"Saya memang sangat gembira dengan prestasi skuad boling negara. Memang ada ganjaran untuk mereka menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2023
Ahmad Shapawi berkata kesemua atlet yang berpotensi untuk layak atau menyumbang pingat di Olimpik akan diberikan bantuan di bawah program berkenaan. - Gambar fail
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Atlet profesional turut layak dapat sokongan program Gold Paris - Shapawi
Atlet bergerak secara profesional turut diberikan sokongan dan bantuan terbaik menerusi program Gold Paris dalam merealisasikan kilauan emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.