Aktiviti mengatur perlawanan adalah antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan prestasi pasukan bola sepak negara, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin berkata perkara itu juga menyebabkan wujudnya pelbagai masalah berkaitan termasuk judi, peras ugut dan penawaran rasuah kepada pemain.
Katanya mengatur perlawanan telah membelenggui bola sepak negara sejak beberapa tahun lepas tetapi kementerian sentiasa mendapat kerjasama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk memerangi gejala mengatur perlawanan bola sepak.
"Walaupun tidak dapat sifarkan (bilangan kes), kita dapat kurangkan banyak kes daripada laporan berkaitan tawaran kepada pemain ini," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 bagi Kementerian Belia dan Sukan di Dewan Rakyat hari ini.
Semasa menjawab soalan Datuk Zainudin Ismail (BN-Jelebu) berhubung isu itu, Khairy berkata gejala mengatur perlawanan berlarutan kerana kebanyakan pemain tidak berani mengemukakan bukti kerana mendakwa diugut 'bookie' termasuk yang mengancam keselamatan diri dan keluarga.
Khairy yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata gejala itu juga sukar dikesan kerana aktiviti mengatur perlawanan berlaku tanpa melibatkan banyak pihak dan dalam keadaan kerahsiaan yang tinggi.
Bagaimanapun, katanya beberapa suspek dan sindiket telah dikenal pasti dan kini berada di bawah pemantauan SPRM dan PDRM.
Beliau berkata setiap persatuan bola sepak negeri juga diarah menubuhkan jawatankuasa khas integriti melibatkan SPRM dan PDRM.
"Ia (jawatankuasa) akan memberi peluang kepada pemain yang didatangi 'bookie' supaya membuat aduan secara rahsia agar keselamatan mereka terjaga.
"Kita telah mengambil tindakan serius untuk mengatasi gejala mengatur perlawanan walaupun tidak dapat membanteras (pelakunya) 100 peratus...ada perkembangan positif," katanya.
Semasa menjawab soalan Zainuddin mengenai penswastaan Liga Malaysia (Liga M), Khairy berkata ia merupakan amalan biasa di kebanyakan negara yang mempunyai liga profesional bola sepak contohnya di England yang dikendalikan English Premier League (EPL).
"Pengendalian liga diswastakan diharap dapat menarik lebih banyak penajaan dan dapat diagihkan secara adil dan saksama untuk semua pasukan yang mengambil bahagian dalam liga," katanya.
Bernama
Mon Nov 16 2015
KHAIRY: Gejala itu juga sukar dikesan kerana aktiviti mengatur perlawanan berlaku tanpa melibatkan banyak pihak dan dalam keadaan kerahsiaan yang tinggi.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nilai pasaran bintang JDT, Arif Aiman bakal melonjak
Dua gol jaringan Arif Aiman dalam aksi ACLE 2024/25 menentang Shanghai Port membuktikan kemampuan dimiliki pemain berusia 22 tahun itu di pentas Asia.
#AWANIRingkas 21 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi 21 September 2024
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan industri pelancongan kepada Wilayah Persekutuan
AWANI Pagi 7.30 pagi akan bersama Datuk Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, akan mengulas berhubung senario industri pelancongan di Wilayah Persekutuan serta strategi yang dilaksanakan dalam meningkatkan industri pelancongan di kawasan itu.
Perkembangan banjir di Kedah
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah terus meningkat setakat 6 pagi tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.
Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya selamat diijabkabulkan
Amira Aisya Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Luqman Long pada pagi Jumaat.
UNGA 79: Konflik di Palestin, isu kemanusiaan di Myanmar antara fokus kenyataan Malaysia
Menteri Luar Mohamad Hasan akan menegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme, keamanan dan kerjasama antarabangsa di tengah cabaran global.
Terenggganu keluar fatwa GISB sesat jika ada bukti jelas - Mufti
Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas.
Dua penduduk Gaza cedera dalam serangan udara rejim Zionis
Dua penduduk Gaza menjadi mangsa kekejaman Zionis apabila cedera dalam satu serangan udara di kawasan kejiranan Zeitoun, Gaza.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Atur perlawanan, Shakhtyor Soligorsk dilucutkan juara BPL
The Miners kendalian Aleksey Baga yang ditubuhkan 1961 itu juga dikenakan pemotongan 30 mata musim ini dan 20 pada musim depan.
Eksekutif warga Malaysia digantung seumur hidup kerana atur perlawanan - BWF
Seorang eksekutif syarikat peralatan sukan warga Malaysia dikenakan hukuman penggantungan seumur hidup oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) atas kesalahan mengatur perlawanan.
Tindakan BWF gantung Zulfadli, Chun Seang wajar - Khairy
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, hukuman yang berat haruslah diberikan bagi kesalahan mengatur perlawanan.
Atur perlawanan: Pemain badminton, Zulfadli dan Chun Seang digantung BWF
Dua pemain badminton profesional negara, Zulfadli Zulkiffli dan Tan Chun Seang digantung daripada menyertai sebarang kejohanan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Badminton: Zulfadli, Chun Seang hadapi enam pertuduhan atur perlawanan
Hari pertama pendengaran kes itu oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), yang melibatkan pemain perseorangan Zulfadli Zulkiffli, 25, dan Tan Chun Seang, 31, bermula di sini, pada Isnin.
Dua pemain tuntut permohonan maaf, FAS enggan berkompromi
Dua pemain bola sepak Sarawak dakwa diperlaku tidak adil oleh FAS apabila dituduh mengatur perlawanan dengan Felcra United 10 Februari lalu.
Atur perlawanan: Tiga lelaki bebas dengan jaminan SPRM
Hasil siasatan SPRM sepanjang enam hari tempoh reman terhadap ketiga-tiga suspek mendapati, tiada bukti yang kukuh untuk menuduh mereka terlibat.
Atur perlawanan, dua pemain Sarawak direman
Dua pemain Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan seorang orang awam dipercayai bookie direman enam hari selepas dipercayai menerima atau meminta suapan.
Ah Chong, bookie mengaku tidak bersalah atur perlawanan
Khairul Anuar Baharom dan seorang bookie dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini berhubung isu mengatur keputusan perlawanan.
Reman bookie disambung, pemain dibebaskan
Reman terhadap seorang bookie disambung lima hari bermula esok bagi membantu siasatan rasuah berhubung isu mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana.