KUALA LUMPUR: Daripada menunggang basikal biasa diperbuat daripada besi di kampung dan menjadikan bukit serta belukar sebagai gelanggang latihan, hari ini jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang seorang pemenang pingat perak Olimpik.
Mohd Azizulhasni yang diberi nama julukan "The Pocket Rocketman" kini merupakan pelumba berbasikal trek negara paling berjaya dengan rekod satu pingat perak dan satu gangsa sepanjang empat penampilan di pentas Olimpik sejak edisi Beijing 2008.
Malah, beliau merupakan atlet berbasikal pertama negara menaiki podium Olimpik.
Pingat perak diraih beliau dalam acara keirin pada hari terakhir Sukan Olimpik Tokyo 2020 juga adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya selepas memenangi gangsa dalam acara sama di Rio 2016 sebelum bergelar juara dunia keirin di Hong Kong lapan bulan kemudian pada April 2017.
Pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu turut boleh berbangga selepas muncul antara dua atlet Malaysia yang berjaya memenangi pingat perak Olimpik dalam acara individu di samping legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei (Beijing 2008, London 2012, Rio 2016).
Atas pelbagai kejayaan dilakar dan bakti yang ditabur dalam mengharumkan nama Malaysia di persada sukan dunia menyaksikan beliau dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2017, namun segalanya bermula daripada sebuah pengorbanan.
Selain pengorbanan, keberanian dimiliki pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Sukan Universiti Deakin, Melbourne itu untuk mencuba sesuatu baharu turut melonjakkan potensi tersembunyi dalam diri beliau.
Jurulatih pertamanya Rozimi Omar yang meninggal dunia pada 2015, adalah individu yang mengarahkan Mohd Azizulhasni untuk fokus kepada arena trek, biarpun beliau berkemampuan beraksi dalam hampir kebanyakan acara seperti BMX dan MTB.
Beliau bersama arwah jurulatihnya sering berulang-alik dari Dungun ke Kuala Lumpur untuk menyertai siri perlumbaan di Velodrom Cheras yang telah dirobohkan pada 2017 dan ketika itu beliau tidak mempunyai peralatan khas untuk bertanding di trek.
Ayah kepada dua cahaya mata itu juga pernah dibekalkan RM100 oleh ibunya untuk bertanding di Kejohanan Kebangsaan di Kuala Lumpur pada 2002 dan meraih pingat emas kategori bawah 15 tahun dengan berbekalkan basikal yang dipinjam daripada pelumba lain.
Segala pengorbanan dilakukan beliau sewaktu remaja membawanya ke Sekolah Sukan Bukit Jalil dan bakat serta potensi beliau lebih terserlah dan mula diserap ke dalam pasukan kebangsaan sebelum mencipta nama di Kejohanan Trek Asia 2008 - memenangi pingat emas keirin dan 200m pecut.
Nama Mohd Azizulhasni mula meniti di bibir peminat sukan tanah air selepas memenangi pingat perak acara pecut di Kejohanan Dunia 2009 di Poland diikuti kejayaan merangkul perak dan emas acara keirin masing-masing pada Kejohanan Dunia 2010 di Denmark dan Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.
Insiden kemalangan di Manchester, United Kingdom pada 2011 ketika beliau menyertai Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia yang menyaksikan betis kirinya tertusuk serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter membuktikan semangat wira yang tersemat dalam diri Mohd Azizulhasni.
Beliau menunjukkan semangat luar biasa apabila bangkit dan mengayuh basikalnya ke garisan penamat biarpun serpihan kayu masih tertusuk di betisnya untuk memenangi pingat gangsa acara keirin.
Di pentas Sukan Asia, beliau pernah merangkul pingat emas acara pecut dan perak (pecut berpasukan) pada edisi Jakarta-Palembang 2018 sementara pada penyertaan di Sukan Komanwel, beliau berjaya memenangi gangsa pecut berpasukan pada edisi Delhi 2010 dan keirin (Glasgow 2014).
Pada aksi final di Velodrom Izu di Shizuoka, yang berlangsung sengit, pada Ahad, penyandang juara Jason Kenny dari Britain mengesahkan pingat emas untuk mengekalkan gelarannya sekali gus memecahkan rekod enam pingat emas legenda berbasikal trek Britain Chris Hoy.
Mohd Azizulhasni melintasi garis penamat untuk pingat perak manakala pelumba Belanda Harrie Lavreysen yang merangkul pingat emas dalam acara pecut lelaki, meraih pingat gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 08 2021
Aksi Azizulhasni tidur 'bertemankan' pingat perak yang dimenanginya pada Olimpik Tokyo 2020 . - Foto Instagram/@azizulhasniawang
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya dibebaskan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak $690,000 dolar.
Pembinaan Projek LRT Laluan Mutiara disasarkan bermula tahun ini
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pelaksanaan keseluruhan projek dijangka memerlukan tempoh masa lebih kurang enam tahun dan disasarkan beroperasi pada tahun 2030.
Pegawai kanan polis lindungi kegiatan haram tidak bergerak solo - SPRM
Pegawai kanan polis yang ditahan kerana menerima suapan bagi melindungi kegiatan haram di ibu negara baru-baru ini berkemungkinan besar tidak menjalankan aktiviti itu secara solo.
Sumbangan Ahmad Rejal tinggal kesan mendalam dalam dunia kewartawanan negara - Anwar
Anwar menyifatkan sumbangan Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.
Tiada ‘free lunch’ untuk penambahan tol
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata keputusan untuk tidak menambah tol menjelang sempena Hari Raya Aidilfitri adalah muktamad.
Di mana prestij Sukan Komanwel jika hanya 10 acara dipertandingkan? - Pekan
"Sukan (Komanwel) ini tahap apa? Sukan SEA pun lebih banyak acara (jadi kalau terima) ia seolah-olah sekadar nak mengadakan sahaja."
Kerajaan teliti sebelum buat keputusan tawaran anjur Sukan Komanwel 2026 - PM Anwar
Anwar berkata beliau telah meminta maklumat daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara dan pihak lain yang berkaitan.
Penganjuran Sukan Komanwel: JKPK Parlimen panggil KBS
Nasib Sukan Komanwel 2026 masih menjadi tanda tanya selepas Victoria di Australia, yang sepatutnya menjadi tuan rumah edisi ke-23 itu, menarik diri pada Julai tahun lepas
Tarik diri tuan rumah Sukan Komanwel, kerajaan Victoria bayar AS$243 juta
Negeri Victoria di Australia akan membayar AS$243 juta selepas ia memutuskan untuk menarik diri daripada menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026.
Kos terlebih: Victoria, Australia tarik diri jadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Negeri Victoria di Australia menarik diri sebagai tuan rumah Sukan Komanwel 2026 berikutan kos acara itu melebihi anggaran kira-kira AUD$5 bilion.
Choon Hann teruja untuk mula bimbing Hong Kong
Bekas Pengarah Kejurulatihan Pemain Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Wong Choong Hann teruja untuk meneruskan karier kejurulatihannya di Hong Kong, minggu hadapan.
Pearly-Thinaah makin berbisa - Khe Wei
Gandingan beregu wanita negara semakin berbisa apabila mampu menempuhi rali panjang untuk memberi saingan sengit kepada pihak lawan, dalam beberapa siri kejohanan BWF.
Terbuka Indonesia: Pearly-Thinaah tarik diri
Pasangan beregu wanita badminton nombor satu negara Pearly Tan-M. Thinaah, menarik diri daripada menyertai Terbuka Indonesia 2023 yang dijadualkan bermula esok sehingga 18 Jun di Jakarta.
Pearly-Thinaah yakin prestasi baik di Terbuka Singapura
Thinaah berkata, mereka tidak lagi memikirkan tentang apa yang berlaku di Kejohanan Masters Malaysia minggu lepas.
BAM gesa Choong Hann cari penyelesaian prestasi hambar pemain
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata aksi pemain perseorangan lelaki dan wanita semakin merudum selepas ABM dikendalikan secara profesional bermula November lepas.