awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyerang masjid New Zealand mulakan usaha rayu sabitan kes
Peniaga didakwa subahat beri rasuah RM32,000 kepada pembantu pendaftaran JPN
Kes hasutan Muhyiddin dikembalikan ke Mahkamah Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azizulhasni kecewa dengan MSN

Sinar Harian
Sinar Harian
08/06/2023
03:30 MYT
Azizulhasni kecewa dengan MSN
Azizulhasni nyata cukup kecewa dan terkilan kerana masih tidak mendapat sistem sokongan latihan yang lebih baik berbanding di Melbourne, Australia. - Gambar fail
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung masalah yang dihadapinya sejak kembali ke tanah air pada penghujung Januari lalu.
Menerusi catatannya di laman sosial Facebook, Azizulhasni nyata cukup kecewa dan terkilan kerana masih tidak mendapat sistem sokongan latihan yang lebih baik berbanding di Melbourne, Australia.
"Saya kembali pulang ke tanah air dari pangkalan latihan di Melbourne pada penghujung Januari tahun ini. Setahun lebih sebelum saya pulang, saya telah dipanggil pihak Majlis Sukan Negara (MSN) yang berbincang dan memujuk akan perihal ini.
"Ketika itu, hanya tinggal saya dan Shah Firdaus (Sahrom) yang berlatih di sana (Melbourne) dengan (ketua jurulatih) John Beasley dan kami dalam persiapan untuk temasya Olimpik Tokyo.
"Dengan jelas saya faham niat tersirat mereka adalah untuk menutup training base di sana (Melbourne) secara berperingkat.
"Sirih tidak kisah untuk pulang ke gagang, asalkan support system di Malaysia setara atau pun lebih bagus daripada di Melbourne," katanya.
Bagaimanapun, Azizulhasni berkata, selepas beberapa siri perbincangan diadakan dan sehingga dia kembali ke tanah air, masih tidak ada sebarang jalan penyelesaian.
"Perbincangan dan perjumpaan dengan wakil saya telah berlangsung lebih 10 kali dan jawapan yang diterima amat mengecewakan. Tersangat tidak profesional dan hanya membiarkan perkara tergantung dalam jangka masa yang amat lama.
"Bagi saya amat mudah, kalau tidak dapat support system yang bagus, lebih baik saya pulang berlatih di Melbourne. Hanya tinggal setahun lebih sahaja sebelum Olimpik Paris 2024.
"Bukan tidak suka berada di Malaysia, akan tetapi untuk atlet bertaraf dunia seperti saya, berlatih di Melbourne (buat masa ini) adalah lebih efektif.
"Di sana saya boleh berlatih dengan tenang tanpa gangguan pelbagai perkara terutamanya politik sukan seperti ini," ujarnya yang lebih dikenali dengan panggilan The Pocket Rocketman.
Enggan masalah yang dihadapi berlarutan lebih panjang sehingga menjejaskan persiapan bagi menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024, Azizulhasni kini berharap ada perkhabaran gembira buat skuad trek negara.
"Saya tahu saya banyak menyebut pihak MSN dalam penulisan ini. Saya harap pembaca tidak salah faham. Pihak MSN itu merujuk kepada beberapa individu yang terlibat dalam peristiwa ini.
"Sekarang perkara ini sudah dibawa kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan dan juga jawatankuasa Program Road to Gold, oleh itu saya tertunggu-tunggu untuk mendengar hasil keputusannya nanti," katanya.
Azizulhasni dianggap antara prospek terbaik Malaysia bagi menyumbang emas sulung Olimpik selepas dia meraih pingat perak dan gangsa - masing-masing pada temasya Tokyo 2022 dan Rio 2016. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#kecewa dengan MSN
#persiapan olimpik
#kemudahan latihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan