Pelumba berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa acara keirin kategori lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2015 di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines, Perancis pada Khamis.
Pelumba berusia 27 tahun itu menerima saingan sengit daripada penyandang juara, Francois Pervis dari Perancis dan Edward Dawkins dari New Zealand, ketika menuju ke garisan penamat.
Acara itu dimenangi Pervis dan pingat perak menjadi milik Dawkins.
Pada peringkat kelayakan, Mohd Azizulhasni memenangi pusingan ketiga untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.
Walaupun menamatkan saingan di tempat ketiga dalam saingan kedua peringkat separuh akhir di belakang Dawkins dan Pervis, Mohd Azizulhasni berjaya merealisasikan impiannya untuk beraksi di peringkat akhir.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi seorang lagi pelumba negara, Josiah Ng selepas gagal menempatkan diri dalam kelompok terbaik peringkat kelayakan dan pusingan 'repechage'.
Secara keseluruhan, Josiah menamatkan saingan di tempat ke-21 bersama-sama Francesco Ceci (Itali), Kazunari Watanabe (Jepun) dan Matthew Baranoski (Amerika Syarikat).
"Hari yang menakjubkan buat pasukan kami. Rakan sepasukan, Azizul, memecut umpama gladiator hari ini dan menamatkannya dengan pingat gangsa. Saya kagum dengan beliau dan rasa bangga dapat menjadi sahabat dan rakan sepasukannya," katanya dalam laman sosial Facebook.
Dalam pada itu, Josiah mengumumkan persaraannya selepas beraksi pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2015 itu.
"Saya pula mengakhiri kerjaya saya dengan kejayaan beraksi dalam keirin. Keputusan saya hari ini mungkin tidaklah hebat, tetapi saya melakukannya dengan penuh rasa bangga.
"Saya diberi banyak peluang untuk menggilap bakat dan kini, peluang itu perlu direbut oleh rakyat Malaysia yang lain untuk terus membanggakan kita.
Ribuan terima kasih kepada anda semua yang telah menyokong kami sejak sekian lama! Saya berasa amat bangga dapat mewakili Malaysia sejak 15 tahun lepas!
Secara rasminya, saya kini bersara!," katanya.
Bernama
Fri Feb 20 2015
Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat gangsa acara keirin kategori lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2015 di Perancis.
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
[TERKINI] Tengku Zafrul akan umum kedudukan dalam masa terdekat
Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz menyatakan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kedudukan politiknya dalam masa terdekat.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Ketika ditanya sama ada beliau akan meninggalkan Umno, beliau berkata akan mengeluarkan kenyataan pada sebelah petang.
Pelumba 'drag battle' maut, kereta hilang kawalan di litar perlumbaan
Seorang peserta 'drag battle' maut dalam kemalangan ketika acara perlumbaan berlangsung di Litar Sandakan Turf Club Batu 5, di sini pada Sabtu.
Perlembagaan PKR tidak boleh statik selamanya - Saifuddin
Beberapa lagi pindaan signifikan Perlembagaan PKR bakal diputuskan dalam Kongres Khas parti itu yang berlangsung pada Ahad.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Usaha Katiravan Subrayan selamatkan planet bawa beliau ke Antartika
Katiravan menjadi antara segelintir rakyat Malaysia yang menjejakkan kaki ke benua berais itu.
Piala AMEC: Persatuan Bola Sepak Thailand tampung kos penyokong Malaysia cedera dipukul
PENYOKONG Malaysia yang tercedera akibat dipukul oleh penyokong tuan rumah di Stadium Rajamangala, Bangkok malam tadi, mendapat perhatian segera daripada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.
Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.
Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.
'Fizikal, mentaliti Azizulhasni lain macam' - Beasley
Beliau berkata, ia berdasarkan kepada kekuatan mental dan fizikal pelumba yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman itu.
'Azizulhasni pejuang sejati' - Shah Firdaus
Pelumba berusia 28 tahun dari Johor itu mengakui banyak kejayaan yang sudah dilakar oleh rakan seperjuangannya itu yang terkenal dengan julukan The Pocket Rocketman di pentas antarabangsa.
Adakah ini balasan kerana langgar janji kepada keluarga? - Azizulhasni
Beliau berasa bersalah kerana menghampakan rakyat Malaysia dan memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan impian membawa pulang pingat emas pertama negara.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.