Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mengambil langkah awal untuk mengembangkan sukan berbasikal negara dengan menubuhkan pasukan profesional yang diberi nama 'Team Azizul' pada musim depan.
Mohd Azizulhasni, yang terkenal dengan jolokan "The Pocket Rocketman", berkata timbulnya idea menubuhkan pasukan profesional itu apabila beliau melihat kebanyakan pelumba pelapis mempunyai bakat besar tetapi kekurangan ilmu mengenai teknik kayuhan yang betul ketika perlumbaan.
"Saya mahu membantu pembangunan sukan berbasikal, pasukan profesional ini minimum pelumba ada tiga atau empat orang. Sekurang-kurangnya saya boleh bantu pelumba muda kita sertai team saya dan berpeluang bertanding.
"Kalau satu pasukan sahaja, adalah terhad (limitation). Pemilihan diberikan kepada yang berprestasi tinggi. Saya mahu pelumba-pelumba lain turut mendapat peluang dan pendedahan. Pengalaman berlumba sangat penting.
"Mereka ini bukanlah kita sasarkan untuk jadi juara dunia secara mendadak, pasukan ini adalah platform untuk menjadikan pelumba yang kompetitif sebelum melangkah ke 'elite surface'," katanya kepada pemberita selepas program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Daikin, yang merealisasikan impian kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan yang menetap di Selangor.
Seramai 54 kanak-kanak menerima hadiah seperti basikal, peralatan sekolah, buku cerita, alat muzik dan peralatan sukan yang ditaja oleh Daikin.
Mohd Azizulhasni, yang juga Duta Daikin, berkata sekiranya pasukannya itu mendapat penajaan yang banyak dan mempunyai bajet mencukupi, beliau bercadang membawa pelumba pasukan itu berlatih di Melbourne, Australia dan menyertai pertandingan di negara itu.
Jelasnya ketika ini, senarai nama pelumba sudah ada tetapi beliau perlu berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan jurulatihnya John Beasley.
Beliau berkata pasukan profesional itu juga merupakan salah satu persediaannya untuk bertanding di Piala Dunia tahun depan dan beberapa kejohanan lain bagi mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Ini adalah inisiatif saya sendiri, pertamanya untuk saya bertanding di Piala Dunia tahun depan, kalau saya berlumba untuk pasukan negara ia akan menghadkan jumlah pelumba untuk berlumba. Kalau ada dua pasukan dari Malaysia, kita akan ada lebih penyertaan.
"Ada sesetengah acara, hanya dua pelumba sahaja boleh masuk, jadi saya mahu beri peluang kepada Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Zonis dapat peluang untuk berlumba dan mencari pengalaman serta kumpul mata ke Sukan Olimpik," jelasnya.
Sementara itu, Mohd Azizulhasni gembira apabila pembinaan velodrom Azizulhasni Awang di Dungun, Terengganu yang tertangguh sejak sembilan tahun lalu akhirnya akan dibina pada November ini.
Mohd Azizulhasni berkata pembinaan velodrom itu dapat mengembangkan lagi bakat-bakat pelumba berbasikal yang ada di negeri kelahirannya itu.
"Kita sedia maklum pelumba berbasikal Terengganu sangat bagus dan ramai bakat-bakat muda di sana. Saya percaya dengan terbinannya velodrom ini, ia boleh menjadi sebuah lagi hab berbasikal di Malaysia.
"Berdasarkan perbincangan terdahulu ia hanyalah sebuah velodrom asas tetapi bagi saya ia sudah memadai...kita tidak perlu fasiliti mewah untuk negeri.
Sebuah velodrom asas sudah bagus. Kalau lihat di Melbourne, kebanyakannya ada velodrom seumpama ini...Bahagian tengah boleh letak taman permainan kanak-kanak, jadi ia boleh digunakan oleh masyarakat sekitar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2019
Azizulhasni berkata timbulnya idea menubuhkan pasukan profesional itu apabila beliau melihat kebanyakan pelumba pelapis mempunyai bakat besar tetapi kekurangan ilmu. - Gambar fail
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Azizulhasni rancang tubuh pasukan berbasikal profesional 'Team Azizul'
Mohd Azizulhasni Awang mengambil langkah awal untuk mengembangkan sukan berbasikal negara dengan menubuhkan pasukan profesional yang diberi nama 'Team Azizul'