awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: Ini senarai penuh 16 pasukan yang layak bertanding
Rainbow Six Siege digodam, pemain terima kredit AS$13 juta
AFCON: Ivory Coast, Cameroon sia-siakan peluang mara awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAC 2024: Aaron-Wooi Yik, Sze Fei-Nur Izzuddin melangkah ke suku akhir

Bernama
Bernama
11/04/2024
12:36 MYT
BAC 2024: Aaron-Wooi Yik, Sze Fei-Nur Izzuddin melangkah ke suku akhir
Sze Fei-Nur Izzuddin pula tidak berhadapan banyak masalah untuk layak ke suku akhir selepas menewaskan pasangan China He Ji Ting-Ren Xiang Yu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Dua beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melangkah ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.
Pada perlawanan pusingan kedua hari ini, Aaron-Wooi Yik pasangan pilihan keempat kejohanan layak ke suku akhir, selepas mengalahkan pasangan bukan pilihan dari Jepun Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura, 21-18, 14-21, 21-14, dalam pertarungan 61 minit, pada kejohanan berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Ningbo.
Keputusan itu menyaksikan pasangan Aaron-Wooi Yik, menang kali kedua ke atas pasangan Jepun itu, selepas kemenangan 21-10, 21-14, pada pusingan kedua Tebuka India 2024.
Perlawanan suku akhir esok menyaksikan Aaron-Wooi Yik akan berhadapan pasangan tuan rumah dan pilihan ketujuh kejohanan Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, yang menewaskan pasangan Korea Selatan Kim Young Hyuk-Wang Chan, 21-16, 22-20, dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.
Sementara itu Sze Fei-Nur Izzuddin pula tidak berhadapan banyak masalah untuk layak ke suku akhir selepas menewaskan pasangan China He Ji Ting-Ren Xiang Yu.
Sze Fei-Nur Izzuddin yang menang set pertama 21-11, mengesahkan layak ke suku akhir selepas Ji Ting-Xiang Yu menarik diri pada perlawanan kedua.
Menurut ciapan dalam akaun X Persatuan Badminton Malaysia (BAM), pasangan ke-19 dunia itu layak ke pusingan seterusnya, selepas lawan mereka menarik diri akibat kecederaan.
Juara Terbuka Jerman 2022 itu, akan berhadapan Juara Olimpik Lee Yang-Wang Chi-Lin selepas pasangan Taiwan itu mengatasi pasangan dari Thailand Supak Jomkoh-Kittinupong Kedren, 21-11, 21-14.
Bagaimanapun cabaran satu lagi pasangan beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun terkandas, selepas mereka tewas 18-21, 17-21, kepada satu lagi pasangan Taiwan Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan.
Aaron-Wooi Yik dan Sze Fei-Nur Izzuddin akan menyertai pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia, yang juga layak ke suku akhir selepas mengalahkan pemain Taiwan Chou Tien Chen, 21-15, 21-17.
Zii Jia akan berhadapan Jonatan Christie, esok selepas pemain dari Indonesia itu mengalahkan pemain Hong Kong Lee Cheuk Yiu, 21-14, 21-16.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAC
#badminton
#Aaron Chia-Soh Wooi Yik
#goh sze fei-nur izzuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan