Wakil negara Jerman Thomas Bach dipilih sebagai presiden kesembilan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada Selasa.
Menurut laman web rasmi IOC, www.olympic.org, Bach dipilih dari kalangan beberapa calon Sergey Bubka (Ukraine), Richard Carrion (Puerto Rico), Ser Miang Ng (Singapura), Denis Oswald (Switzerland) dan Ching-kuo Wu (China Taipei).
Bach menggantikan Jacques Rogge, yang penggal perkhidmatannya selama 12 tahun secara rasmi berakhir pada penutup sesi IOC Ke-125 di Buenos Aires, Argentina, Selasa.
Presiden IOC dipilih oleh para anggota IOC melalui pengundian rahsia untuk penggal lapan tahun dengan kemungkinan dipilih semula bagi penggal kedua selama empat tahun.
Bach dalam ucapan kemenangannya berkata: "Saya mahu memimpin IOC mengikut motto saya 'Perpaduan Dalam Kepelbagaian'. Saya mahu menjadi seorang presiden untuk semua. Ini bermakna saya akan melakukan yang terbaik untuk menyeimbangkan semua kehendak pemegang kepentingan dalam pergerakan Olimpik ini.
--
"Ini benar-benar menunjukkan kepercayaan dan keyakinan besar (dilantik sebagai presiden baharu IOC) ... saya sedar akan tanggungjawab besar sebagai presiden IOC. Ini membuatkan saya merasa rendah hati kerana dipilih.
Pada hari terakhir sesi IOC ke-125, angota IOC turut mengundi memilih anggota Lembaga Eksekutif badan itu yang termasuk empat naib presiden dan 10 anggota melalui pengundian rahsia untuk penggal empat tahun.
Anita L. DeFrantz menggantikan John Coates yang dipilih naib presiden baharu. Jawatan naib presiden dikosongkan oleh Ser Miang Ng yang penggal perkhidmatannya tamat hari ini.
Selain DeFrantz, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM) Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaafar dan Richard W. Pound adalah antara calon bagi jawatan naib presiden.
Bernama
Wed Sep 11 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bach dipilih presiden baharu IOC
Bach menggantikan Jacques Rogge, yang penggal perkhidmatannya selama 12 tahun secara rasmi berakhir.