awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baddrol tekad hadiahkan Piala M'sia buat kali ketiga

Bernama
Bernama
29/10/2016
15:34 MYT
Baddrol tekad hadiahkan Piala M'sia buat kali ketiga
Ketua pasukan Selangor Andik Vermansyah bersalaman dengan ketua pasukan Kedah Baddrul Bakhtiar pada sidang akhbar di Stadium Shah Alam, 29 Oktober, 2016. Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar, bertekad mahu menghadiahkan Piala Malaysia kepada peminat skuad Lang Merah untuk kali ketiga apabila Kedah membuat perhitungan dengan Selangor pada aksi final di Stadium Shah Alam, malam esok.
Untuk rekod, pemain tengah kebangsaan itu pernah menjulang Piala Malaysia sebanyak dua kali untuk Kedah pada 2007 dan 2008.
"Kombinasi pemain senior dan junior dalam pasukan kini dalam keadaan terbaik...Saya percaya jurulatih (Tan Cheng Hoe) mempunyai banyak pilihan pemain untuk diturunkan pada perlawanan esok," katanya dalam sidang media menjelang perlawanan itu di Stadium Shah Alam, hari ini.
Sementara itu, perancang tengah Selangor, Andik Vermansa turut bertekad mahu menghadiahkan piala berprestij itu kepada peminat skuad Gergasi Merah setelah diberi tanggungjawab menggalas tugas sebagai kapten pasukan.
"Pertama kali beraksi selaku kapten pasukan pada aksi final sememangnya satu pengalaman berharga untuk saya dan harapnya saya mampu bantu Selangor julang Piala Malaysia buat kali ke-34,"jelas pemain antarabangsa Indonesia itu.
Selangor, selaku juara bertahan, menewaskan Kedah 2-0 pada aksi final musim lepas di Stadium Shah Alam bagi menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Baddrol Bakhtiar
#Kedah
#perlawanan final
#Piala Malaysia
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan