awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton Asia, BAM tandantangan MoU bawa badminton ke tahap lebih tinggi

Bernama
Bernama
27/05/2023
14:05 MYT
Badminton Asia, BAM tandantangan MoU bawa badminton ke tahap lebih tinggi
MoU itu ditandatangani Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Presiden Badminton Asia Kim Jong Soo dengan disaksikan oleh Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Poul-Erik Hoyer. - Foto BAM
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Badminton Asia hari ini menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) untuk menggalakkan dan memudahkan kemajuan dalam pembangunan sukan badminton.
MoU itu ditandatangani Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Presiden Badminton Asia Kim Jong Soo dengan disaksikan oleh Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Poul-Erik Hoyer.
Kim berkata majlis hari ini menyaksikan bermulanya perjalanan mereka dalam dalam pertukaran, perkongsian pengetahuan, pengalaman dan kepakaran teknikal.
"Dengan penglibatan dalam program latihan, kejohanan dan inisiatif kerjasama, kami berusaha untuk meningkatkan lagi kemahiran, teknik dan pembangunan secara keseluruhan atlet, jurulatih dan pentadbir sukan," katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Sementara itu, Mohamad Norza yang menerima kerjasama itu dengan penuh optimis berkata MoU berkenaan menyediakan rangka kerja untuk meneroka dan melaksanakan program secara kerjasama yang akan memberi manfaat kepada sukan badminton di Malaysia.
"MoU ini membuka pintu kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk sains sukan, pendidikan jurulatih, pembangunan kurikulum, pengurusan sukan dan pembangunan infrastruktur," katanya.
Beliau berkata melalui kerjasama ini, diharapkan lebih ramai pemain badminton dari negara luar akan menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara.
"Memandangkan Badminton Asia dan BWF ada di Malaysia, saya rasa kami mahu jadikan ABM sebagai pusat menarik lebih ramai pemain badminton dari negara-negara lain. Buat masa ini, kita lakukan menerusi kerjasama ini, kita boleh melangkah ke tahap lebih baik. Ia memberi manfaat kepada negara terlibat dan badminton di Malaysia.
"Terdapat empat pemain dari Syria dan akan bermula tidak lama lagi, sebelum itu kita ada tiga pemain dari Azerbaijan, jadi, saya menjangkakan ramai pemain akan datang namun kita perlu selaraskan dengan betul kerana kita juga perlu melihat kapasiti akademi," katanya.
Difahamkan, kerjasama berkenaan adalah selama dua tahun dengan pilihan untuk melanjutkannya untuk tempoh dua tahun lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#MoU
#Badminton Asia
#Mohamad Norza Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan