awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton Dunia BWF: Pearly-Thinaah, Soniia Cheah tempa nasib berbeza

Astro Arena
Astro Arena
24/08/2022
10:49 MYT
Badminton Dunia BWF: Pearly-Thinaah, Soniia Cheah tempa nasib berbeza
Pearly Tan-M. Thinaah akan bertemu gandingan pilihan kelima tuan rumah, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, bagi merebut tempat ke suku akhir, esok.- Stadium Astro
BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, meneruskan rentak cemerlang dalam Kejohanan Badminton Dunia BWF apabila menewaskan gandingan India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, di Gimnasium Metropolitan Tokyo untuk ke pusingan ketiga sebentar tadi.
Masih segar dengan kejayaan meraih pingat emas Sukan Komanwel Birmingham baru-baru ini, pasangan negara itu menamatkan aksi selama 36 minit berkenaan dengan kemenangan 21-8, 21-17.
Mereka seterusnya akan bertemu gandingan pilihan kelima tuan rumah, Nami Matsuyama-Chiharu Shida, bagi merebut tempat ke suku akhir, esok.
Dalam pada itu, perseorangan wanita negara, Soniia Cheah, kandas dalam pusingan kedua selepas tewas kepada pemain pilihan keempat dari China, Chen Yu Fei.
Soniia mempamerkan aksi melawan sepanjang pertarungan selama 41 minit itu sebelum akur perjuangannya ditamatkan dengan kekalahan 17-21, 15-21. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Badminton Dunia BWF
#beregu wanita
#Pearly Tan-M Thinaah
#Soniia Cheah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan