SUKAN
Badminton: Hannah minta beri masa kepada Jonassen

Hannah bercakap kepada media pada Majlis Penyampaian Hadiah ASEAN 39 Templer Park Malaysian Ladies Amateur Open di Templer Park Country Club hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh meminta semua pihak memberi ruang dan masa kepada Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Negara Kenneth Jonassen untuk melakar perancangan terbaik selepas prestasi hambar sektor perseorangan di Kejohanan Badminton Remaja Asia (BAJC) 2025 di Solo, Indonesia, minggu lepas.
Ringkasan AI
- Prestasi hambar di BAJC 2025: Semua wakil perseorangan negara terkandas di pusingan awal Kejohanan Badminton Remaja Asia di Solo, Indonesia.
- Seruan beri masa kepada jurulatih baharu: Menteri Hannah Yeoh dan legenda Lee Chong Wei minta agar Kenneth Jonassen diberi ruang untuk membina semula prestasi pemain.
- Kebimbangan terhadap pembangunan pemain remaja: Bekas jurulatih Wong Tat Meng beri amaran risiko krisis jika kelemahan pembangunan tidak ditangani segera.
Kenyataan Hannah itu menyusul selepas legenda badminton negara Datuk Seri Lee Chong Wei semalam, meminta agar Jonassen tidak dibebani dengan harapan tinggi memandangkan beliau baru menyertai Akademi Badminton Malaysia (ABM) kurang daripada 12 bulan lalu.
Sebelum ini, bekas jurulatih kebangsaan Wong Tat Meng turut menyuarakan kebimbangan terhadap kelemahan pembangunan pemain remaja negara yang didakwanya boleh mencetuskan krisis dalam acara perseorangan jika tiada langkah segera diambil.
Pada BAJC 2025 yang berakhir pada 27 Julai lalu, semua wakil perseorangan negara terkandas di pusingan awal.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami