DUA wakil Malaysia - Pearly Tan-M Thinaah dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun bakal beraksi di pentas final Masters Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil petang ini.
Baik Pearly-Thinaah dan Wei Chong-Kai Wun, mereka kini berpeluang mengakhiri penantian peminat badminton tempatan untuk menyaksikan pemain negara kembali bergelar 'sang juara' pada kejohanan Super 500 itu.
Untuk rekod, beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing muncul pemenang terakhir Masters Malaysia pada edisi 2017.
Legenda negara, Datuk Lee Chong Wei nyata berada dalam kelas tersendiri selepas memenangi lima gelaran Masters Malaysia sejak edisi sulung 2009 dan kali terakhir pada 2016 di Pulau Pinang.
Tumpuan peminat tempatan kini terarah kepada Pearly-Thinaah dan Wei Chong-Kai Wun yang masing-masing bakal turun beraksi pada final acara beregu wanita dan beregu lelaki.
Dalam aksi separuh akhir, Pearly-Thinaah menewaskan beregu nombor lima dunia dari Korea Selatan,
Wei Chong-Kai Wun pula mara ke final selepas menjinakkan beregu nombor sembilan dunia dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin 21-17, 22-20.
Pearly-Thinaah hanya selangkah lagi untuk mengikut jejak langkah bekas beregu wanita negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang muncul juara edisi 2012.
Tampil selaku pilihan keenam, Pearly-Thinaah bakal berdepan gandingan nombor enam dunia dari Korea Selatan, Baek Ha Na-Lee So Hee di pentas final.
Wei Chong-Kai Wun pula bakal meneruskan 'kisah dongeng' dalam memburu kejuaraan di bumi sendiri apabila turun menentang satu lagi wakil Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 28 2023
Pearly-Thinaah hanya selangkah lagi untuk mengikut jejak langkah bekas beregu wanita negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang muncul juara edisi 2012. - Foto Bernama
Anugerah Media Digital Asia 2024 iktiraf agensi berita gunakan strategi media digital
Ia menerima 136 penyertaan tahun ini daripada pelbagai agensi berita serta media di rantau Asia termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia.
Lapan mangsa tragedi selamat dikebumikan
Kesedihan ahli keluarga dan waris mengiringi perjalanan terakhir mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak di beberapa lokasi pengebumian di seluruh negara pada malam Rabu.
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Badminton Masters Malaysia: Misi memburu kejuaraan
Dua wakil Malaysia, Pearly Tan-M Thinaah dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun bakal beraksi di pentas final Masters Malaysia 2023 petang ini.
Badminton Masters Malaysia: Dua beregu campuran profesional kandas dalam pusingan pertama
Dua beregu campuran profesional negara terkandas awal dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Malaysia.