KUALA LUMPUR: Kekuatan mental yang sering goyah terus menjadi igauan ngeri kepada beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah setiap kali beraksi di pentas tertinggi.
Perkara itu diakui sendiri Pearly selepas kekalahan terbaharu mereka di peringkat suku akhir Kejohanan Dunia 2023 di Copenhagen, Denmark baru-baru ini sekali gus gagal membawa pulang pingat.
Beliau berkata tahap mentaliti seumpama itu mempengaruhi kecekalan dan semangat juang di gelanggang terutama ketika sedang mendahului permainan menyebabkan mereka melakukan kesilapan mudah yang akhirnya mengundang padah.
"Sudah tentu kami tidak puas hati dan sangat sedih kalah di suku akhir, seperti saya katakan apabila kami mendahului mental dan hati kami tak cukup kuat. Jadi saya harap kami dapat cari penyelesaian kerana bukan sekali atau dua kali tetapi banyak kali (berlaku).
"Kami harap dapat jumpa solusi kepada masalah ini secepat mungkin supaya perkara sama tidak berulang," katanya kepada Bernama di sini.
Meskipun sering terkandas pada mana-mana kejohanan disebabkan masalah yang berulang, ia sama sekali tidak mematahkan semangat pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu untuk menggandakan usaha dalam menghadiahkan kejayaan kepada negara.
Pearly berkata beliau dan Thinaah yang muncul juara Terbuka Perancis tahun lepas, akan berusaha mencapai tahap prestasi terbaik secara berperingkat kerana tiada jalan pintas untuk berada di puncak.
"Semua atlet harap untuk menang, jadi kami akan gigih berlatih dan berikan yang terbaik kemudian disusuli dengan keputusan," kata pemain kelahiran Kedah berusia 23 tahun itu.
Pada Kejohanan Dunia di Denmark, Pearly-Thinaah yang merupakan gandingan nombor 11 dunia ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan China, Zhang Shu Xian-Zheng Yu, dengan keputusan 21-17, 17-21, 19-21 di pentas suku akhir sekali gus meranapkan impian untuk mara ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023
Peraly (kanan) berkata tahap mentaliti seumpama itu mempengaruhi kecekalan dan semangat juang di gelanggang terutama ketika sedang mendahului permainan. - Gambar fail/Stadium Astro
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Terbuka Denmark: Harapan tunggal Malaysia, Pearly-Thinaah tersungkur di suku akhir
Semangat juang yang dipamerkan gandingan wanita ranking ketujuh itu harus diberi pujian susulan tidak berputus asa memberikan aksi terbaik.
Terbuka Hong Kong: Tumbangkan pilihan utama, Pearly-Thinaah sekali lagi ke pentas final
Pearly Tan-M Thinaah mempamerkan aksi penuh dramatik sebelum membawa cabaran Malaysia ke pentas final badminton Terbuka Hong Kong.
Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah atasi cabaran Indonesia, mara ke separuh akhir
Pearly Tan-M Thinaah, berjaya mengatasi wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong.
Terbuka Australia BWF: Pei Jing-Chiew Sien tempah tiket ke babak akhir
Lai Pei Jing mengubati kekecewaannya terkandas dalam acara beregu campuran apabila mengesahkan tiket ke pentas akhir Terbuka Australia bersama Lim Chiew Sien.
Badminton: Mentaliti dan hati kami tak cukup kuat - Pearly
Kekuatan mental yang sering goyah terus menjadi igauan ngeri kepada beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah setiap kali beraksi di pentas tertinggi.
'Saya tidak berniat singgung Pearly-Thinaah' - Jurulatih Indonesia
Eng Hian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada beregu wanita utama Malaysia.