BEREGU profesional lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terpaksa 'bermandi peluh' sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.
Dalam aksi pusingan kedua di Axiata Arena sebentar tadi, Ee Yi-Yew Sin meraih kemenangan 17-21, 21-13, 21-14 ke atas gandingan Taipei, Lu Ching Yao-Yang Po Han.
Ee Yi berkata, kemenangan itu banyak dipacu daripada sokongan penyokong sendiri selepas mereka tumbang dalam pertarungan set pertama.
“Bermain di gelanggang sendiri benar-benar membangkitkan semangat kami. Kehadiran penyokong membuatkan kami lebih bersemangat dan dapat bermain baik.
“Selepas tewas pada set pertama, kami cuba untuk menyusun semula rentak permainan. Saya gembira akhirnya ia menjadi,” katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan.
Dalam aksi suku akhir pada Jumaat, Ee Yi-Yew Sin bakal berdepan tugas berat apabila dijadualkan menentang beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
Yew Sin berkata, dia dan Ee Yi sudah bersedia untuk menghadapi satu lagi ujian getir berdepan Fajar-Rian yang menewaskan menewaskan mereka dalam aksi pusingan suku akhir Terbuka Malayasia tahun lalu.
“Semuanya akan menjadi sukar terutamanya apabila masuk suku akhir. Kami tidak mahu fikir mengenai separuh akhir kerana fokus kami adalah aksi suku akhir dahulu,” ujarnya. -- Stadium Astro
Astro Arena
Thu Jan 12 2023
Teo Ee Yi-Ong Yew Sin meraikan kejayaan selepas berjaya menewaskan pemain Taipei Lu Ching Yao dan Yang Po Han pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena hari ini. - Foto BERNAMA
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Badminton Terbuka Malaysia: Tiga pencabar utama sekat Axelsen pertahan gelaran
Terdapat tiga pemain yang boleh menyekat hasrat Viktor Axelsen untuk mempertahankan gelaran Terbuka Malaysia yang bermula dari 9-14 Januari ini.
Badminton Terbuka Malaysia: Sorakan penyokong cetus kebangkitan Yew Sin-Ee Yi
Beregu profesional lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin terpaksa 'bermandi peluh' sebelum mengesahkan tiket ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023.
Badminton Terbuka Malaysia: Daren beri kemenangan percuma kepada Axelsen
Perseorangan profesional negara Liew Daren menarik diri daripada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 hari ini, akibat kecederaan betis kanan.
Badminton Terbuka Malaysia diumum pembuka tirai Jelajah Dunia BWF
Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia bakal menjadi pembuka tirai kejohanan dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tempoh dua tahun akan datang, menurut badan induk dunia itu.
Badminton Terbuka Malaysia terima sambutan, tiket hampir habis dijual
Tiket kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung dari 28 Jun hingga 3 Julai ini hampir habis dijual.
Badminton Terbuka Malaysia kembali, tiket mula dijual Khamis
Peminat boleh mula membeli tiket menerusi www.myticket.asia bermula 26 Mei bermula pukul 2 petang dengan harga dari RM25 hingga RM500.
Badminton Terbuka Malaysia: Chong Wei menang mudah lawan Axelson
Pemain No.4 dunia, Datuk Lee Chong Wei, menidakkan Viktor Axelson 21-14, 21-13 dengan mudah, sekali gus mengesahkan slot ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badmonton Terbuka Malaysia, sebentar tadi.