KUALA LUMPUR: Peruntukan sebanyak RM20 juta untuk merancakkan pertumbuhan sukan elektronik atau e-sukan tatkala negara menuju ke fasa endemik COVID-19 membuktikan kerajaan peka terhadap usaha memperkasakan sukan itu.
Presiden Persatuan Sukan Elektronik Kuala Lumpur (ESKL) Hisham Darus berkata peruntukan itu dapat memanfaatkan usaha pembangunan e-sukan yang semakin mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya golongan muda.
"Dengan adanya peruntukan RM20 juta, ini menunjukkan bahawa kerajaan cakna (nasib e-sukan) dan jelas bahawa ini adalah perkara yang diperlukan khususnya para belia dan penggiat e-sukan di Malaysia.
"Saya harap usaha ini akan berterusan bagi memastikan penggiat e-sukan dapat terus bergiat untuk meningkatkan taraf dan juga keistimewaan diri masing-masing dalam industri sukan elektronik," katanya kepada Bernama hari ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan RM20 juta disediakan bagi pembangunan e-sukan kebangsaan termasuk RM5 juta untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan Sukan Dron.
Ini adalah tahun keempat berturut-turut pembangunan e-sukan diberi perhatian dalam pembentangan bajet menyaksikan kerajaan turut memperuntukkan dana RM15 juta menerusi Bajet 2021, RM20 juta (Bajet 2020) dan RM10 juta pada pembentangan Bajet 2019.
Selain peruntukan RM20 juta, Tengku Zafrul pada pembentangan itu turut memaklumkan kerajaan bercadang untuk memberikan pengecualian cukai pendapatan ke atas wang hadiah kemenangan kejohanan e-sukan yang layak.
"Terima kasih kepada Kementerian Kewangan dan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) yang sudi mempertimbangkan hasrat dan cadangan yang telah diperjuangkan sejak 2020," kata Hisham.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 29 2021
Peruntukan sebanyak RM20 juta untuk merancakkan pertumbuhan sukan elektronik atau e-sukan tatkala negara menuju ke fasa endemik COVID-19 membuktikan kerajaan peka terhadap usaha memperkasakan sukan itu. - Gambar fail
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia
Allahyarham Zaidi Johari yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung sekitar pukul 8.15 pagi ini.
KazanForum 2024: Era sukan 'phygital' kini bermula di Rusia
Sukan phygital merujuk kepada konsep penggunaan teknologi untuk menghubungkan dunia digital dengan dunia fizikal.
ePiala Asia: Indonesia juara, tewaskan Jepun!
Pemain Indonesia yang dibarisi Elga Cahya Putra dan Akbar Paudie meneruskan aksi yang konsisten tanpa gentar walaupun diasak.
MAG Rebels juara Dota 2 MEC23/24
MAG Rebels bermula dengan baik apabila memenangi perlawanan pertama untuk mendahului 1-0.
Cabang kerjaya e-sukan dijangka terus meningkat
Penganjuran kejohanan e-sukan buka peluang kepada profesion lain seperti jurulatih, ahli psikologi, pakar nutrisi, marsyal serta pereka grafik.
Pendaftaran bagi Malaysia Esports Championship dibuka hingga 5 Jan
Pendaftaran bagi Malaysia Esports Championship 2023/2024 (MEC23/24) yang menawarkan hadiah terkumpul RM250,000 kini dibuka hingga 5 Jan depan.
Malaysia jadi tuan rumah Kejohanan Dunia MLBB M6 tahun depan
Malaysia akan menjadi tumpuan penggemar e-sukan sejagat tahun depan dengan menjadi tuan rumah Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6.
KBS mahu lebih banyak e-sukan bertaraf dunia dianjur di Malaysia
Kementerian Belia dan Sukan mahu lebih banyak lagi acara e-sukan bertaraf dunia seperti ESL One dianjurkan di Malaysia pada masa akan datang.
Hapus stigma berkuda, memanah sukan kayangan
Kewujudan sukan berkuda dan memanah di tengah-tengah kawasan perumahan memberi banyak manfaat kepada orang ramai untuk mendekatinya.
Sukan Asia: Dota 2 sumbang pingat gangsa
Pasukan e-sukan negara menambah koleksi pingat apabila berjaya menyumbang gangsa dalam acara Dota 2 di Sukan Asia Hangzhou sebentar tadi.
E-sukan bakal sumbang pingat pertama Sukan Asia
MALAYSIA mengesahkan pingat pertama dalam Sukan Asia Hangzhou menerusi acara e-sukan selepas layak ke pusingan akhir.