KUALA LUMPUR: Melihat pelumba berbasikal negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sering beraksi di trek semestinya setiap orang menggambarkan beliau seorang yang komited dan gigih dengan kariernya sebagai seorang atlet.
Namun siapa sangka, pelumba diberi julukan 'The Terminator Shah' itu mempunyai bakat terpendam iaitu bukan saja mahir bermain gitar, malah turut mempunyai lontaran suara yang sedap didengar halwa telinga.
Bak kata pepatah 'ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi', peribahasa itu sesuai ditujukan kepada Muhammad Shah yang menyifatkan dirinya mewarisi bakat bapa saudaranya, Rain yang merupakan seorang ahli kumpulan muzik Rajawali, sebuah kumpulan pemuzik terkenal pada era 90-an.
Atlet kelahiran Muar, Johor yang bakal beraksi di Sukan Asia Hangzhou 2022 September itu berkongsi, beliau turut mempunyai studio di rumahnya dan sering menjadikan aktiviti bermain gitar dan menyanyi untuk menghilangkan tekanan dan mengisi masa lapang.
"Selalu di rumah saya akan bermain gitar, rumah di kampung saya memang ada studio, saya selalu luangkan masa bersama ayah dan bapa saudara untuk jamming, selalu mainkan lagu rock.
"Saya mula main muzik sejak kecil dengan bapa saudara sebab dia memang pemuzik, ayah saya juga ada band masa muda-muda, mungkin darah ahli muzik mengalir di badan saya sebab itu saya minat," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Dalam pada itu, pelumba berusia 27 tahun itu berkata selain bermain gitar beliau akan sentiasa meluangkan masa mengayuh basikal yang dianggap sebagai terapi ketika sedih dan menghadapi sebarang tekanan.
"Luar daripada trek saya tetap akan kayuh basikal, gembira atau sedih saya akan luangkan masa untuk kayuh, sebab dengan berbasikal memang buat saya rasa lega, kadang-kadang saya akan ke tasik, sungai atau kedai kopi sendirian mengayuh basikal," katanya.
Mengenai persiapannya ke Sukan Asia, Muhammad Shah berkata ia berjalan lancar apabila beliau memanfaatkan kejohanan siri kebangsaan, Yayasan Sime Darby Track series (YSDTS) di Velodrom Nasional Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini sebagai medan persediaan ke temasya empat tahun sekali itu.
Muhammad Shah turut berkongsi beliau yang kini berdepan dengan masalah hilang keyakinan diri sejak mengalami kemalangan sehingga menyebabkan kecederaan ketika beraksi dalam acara keirin Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023) Jun lepas.
"Saya nak dapatkan semula keyakinan, sebab bila berlumba terlalu padat saya takut ada pergeselan, sebab kat ACC saya kemalangan dan cuba nak elak perkara macam itu berlaku, jadi saya terlalu berhati-hati dan kurang agresif seperti sebelum ini," katanya.
Muhammad Shah bergelut dengan prestasi tidak menentu pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Glasgow, Scotland, bulan lepas apabila terkandas pada pusingan kelayakan acara pecut individu sebelum tersingkir di pusingan pertama repechage bagi acara keirin.
Untuk rekod, beliau meraih pingat perak di Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dalam acara pecut berpasukan.
Profil:
---------
Nama penuh: Muhammad Shah Firdaus Sahrom
Umur: 27 tahun
Tarikh lahir: 26 Nov 1995
Asal: Muar, Johor
Bilangan adik beradik: Empat (anak kedua)
Hobi: Berbasikal dan bermain gitar
Pencapaian terbaik: Pingat gangsa acara keirin Sukan Komanwel Birmingham 2022, pingat perak acara pecut Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 24 2023
Muhammad Shah semasa beraksi pada acara Men Elite Keirin Final sempena Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2023 di Velodrom Nasional, 18 Jun 2023. --fotoBERNAMA
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Tiga atlet berbasikal trek negara secara tidak rasmi layak ke Olimpik - Amarjit
Tiga atlet berbasikal trek negara diketuai Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara tidak rasmi layak ke Sukan Olimpik Paris.
Shah Firdaus, Izzah Izzati layak separuh akhir acara pecut ACC di India
Dua pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mara ke separuh akhir acara pecut ACC 2024.
Masa untuk Shah Firdaus keluar daripada bayangan 'Pocket Rocketman'
Norza berkata, selama ini Shah Firdaus seakan berada dalam bayangan Azizulhasni yang sudah pun membuktikan kecemerlangannya di pentas antarabangsa.
Peluang Shah Firdaus untuk menyinar - Mohd Azizulhasni
Sukan Asia Hangzhou 2022 menjadi pentas terbaik buat pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom menampilkan potensinya.
Shah Firdaus, Sivasangari pembawa Jalur Gemilang di Sukan Asia
Pelumba berbasikal trek Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan jaguh skuasy S. Sivasangari, dipilih sebagai pembawa Jalur Gemilang untuk Sukan Asia Hangzhou 2022, di China bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini.
Bakat terpendam Muhammad Shah
Pelumba ini mempunyai bakat terpendam iaitu bukan saja mahir bermain gitar, malah turut mempunyai lontaran suara yang sedap didengar.
Shah Firdaus raih perak keirin di Kaherah
Jaguh berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom merangkul pingat perak acara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir semalam (
Muhammad Shah tumpu kejohanan dunia, sasar final keirin
"Saya berlumba di peringkat antarabangsa sudah sekian lama, dan ini kejohanan dunia keempat saya, jadi harap dapat sesuatu yang positif kali ini."
Johor tumpang gembira, ganjaran RM10,000 menanti Aniq, RM6,000 buat Shah Firdaus - MB
Kejayaan Aniq Kasdan dan Shah Firdaus harumkan nama negara dan negeri.
Sukan Komanwel: Shah Firdaus raih gangsa keirin
Penantian pelumba berbasikal trek negara selama lapan tahun untuk menang pingat acara keirin pada temasya Sukan Komanwel berakhir.