awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM belum buat keputusan mengenai cadangan sistem pemarkahan baharu

Bernama
Bernama
11/04/2021
03:21 MYT
BAM belum buat keputusan mengenai cadangan sistem pemarkahan baharu
Menurut laporan media asing, BWF akan membuat undian pada bulan Mei, bagi menukar sistem pemarkahan semasa.
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan sistem baharu pemarkahan pasca Sukan Olimpik Tokyo dan Sukan Paralimpik.
Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata walaupun anggota BAM telah berbincang mengenai cadangan itu, tiada keputusan dibuat dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) BAM ke-76, semalam.
Beliau berkata para jurulatih serta pemain sedang berbincang berhubung sistem baharu yang dicadangkan oleh persatuan badminton Indonesia dan badminton Maldives baru-baru ini, yang mendapat persetujuan Presiden Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Poul-Erik Hoyer.
"Ia masih belum dibawa kepada perbincangan di peringkat pengurusan," katanya ketika ditemui selepas AGM.
Katanya setiausaha agung BAM Datuk Kenny Goh, pengarah kejurulatihan Wong Choong Hann dan pengarah teknikal skuad badminton remaja kebangsaan Datuk Misbun Sidek akan memberikan pandangan masing-masing berhubung perkara itu, sebelum pihak persatuan menganjurkan undian mengenainya di AGM BWF yang dijadualkan berlangsung secara maya pada 22 Mei.
Menurut laporan media asing, BWF akan membuat undian pada bulan Mei, bagi menukar sistem pemarkahan semasa, yakni format terbaik daripada tiga perlawanan dengan markah kemenangan 21, kepada format terbaik daripada lima perlawanan dengan markah kemenangan 11, bagi menambah keterujaan dan menjadikan ia lebih mesra siaran televisyen.
Bagaimanapun bagi menjayakan pelaksanaan rancangan ini, ia memerlukan sokongan dua pertiga daripada anggota AGM BWF.
Cadangan yang sama pernah dikemukakan pada tahun 2014 dan 2018, namun ia gagal mendapat sokongan yang dikehendaki daripada anggota BWF.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sistem pemarkahan baharu
#BAM
#badminton
#Mohamad Norza Zakaria
#Mesyuarat Agung Tahunan
#agm
#jurulatih
#pemain
#berbincang
#BWF
#Poul-Erik Hoyer
#Wong Choong Hann
#Kenny Goh
#Misbun Sidek
#mesra siaran televisyen
#markah kemenangan
#lima perlawanan
#tiga perlawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan