awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM hantar pemain timba ilmu di Akademi Li Yongbo, China

Bernama
Bernama
24/05/2023
22:20 MYT
BAM hantar pemain timba ilmu di Akademi Li Yongbo, China
Mohamad Norza berkata, BAM akan menilai senarai pemain perseorangan lelaki dan wanita yang akan dihantar secara berfasa ke akademi itu sebelum diperluas kepada pemain beregu negara. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menghantar pemainnya berkelana menimba ilmu di Akademi Badminton Li Yongbo di Dongguan, China bagi meningkatkan prestasi skuad negara khususnya dalam acara perseorangan.
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata inisiatif itu adalah hasil kerjasama badan induk berkenaan dengan jenama elektronik baharu iaitu FreeYond melalui pemeteraian penajaan selama setahun yang ditandatangani pada Rabu.
"Aspek paling penting mengapa kami menerima tawaran daripada Datuk Eddie Chai Woon Chet (Pengarah FreeYond) adalah kerana beliau juga mempunyai hubungan baik dengan Akademi Li Yongbo. Jadi beliau telah bercakap kepada Li Yongbo soal menghantar pemain kita ke akademi tersebut.
"Perbincangan bersama FreeYond ini hadir sebelum Piala Sudirman lagi dan kami telah berbincang soal terma dan syarat rundingan tajaan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani penajaan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Rabu.
Beliau berkata pada masa sama, BAM akan menilai senarai pemain perseorangan lelaki dan wanita yang akan dihantar secara berfasa ke akademi itu sebelum diperluas kepada pemain beregu negara.
"Kita akan libatkan pemain yang akan mengharungi kelayakan Olimpik serta melihat pemain yang perlu dihantar ke sana termasuklah pemain sandaran terutama perseorangan," katanya.
Terdahulu, perjanjian penajaan itu ditandatangani oleh Mohamad Norza dan Pengarah Eksekutif Fast Energy Vincent Tan Wye Chuan selaku pengedar eksklusif FreeYond.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#badminton
#Mohamad Norza Zakaria
#perseoramgan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan