KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih dalam proses menyenarai pendek jurulatih beregu campuran untuk skuad kebangsaan.
Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata jurulatih yang bakal dilantik itu kemungkinan besar memulakan tugas menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan.
Beliau berkata, buat masa ini pihaknya masih yakin dengan program diatur oleh Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM Rexy Mainaky dan pembantu jurulatih beregu campuran Teo Kok Siang untuk membimbing skuad negara.
"Setakat ini memang mereka menjalankan tugas dengan baik. Tetapi ini bukan bermakna kita tak perlukan jurulatih, tetapi kalau jurulatih baru masuk pun mungkin hujung tahun.
"Jadi kita nak buat satu proses pemilihan (yang teliti) supaya kita dapat jurulatih terbaik," katanya pada sidang media di Akademi Badminton Malaysia (ABM) di sini hari ini.
Bekas juara beregu lelaki Olimpik Sydney 2000, Tony Gunawan dari Indonesia dan seorang lagi jurulatih yang sedang berkhidmat dengan Persatuan Bulu Tangkis Seluruh Indonesia (PBSI) antara yang dikaitkan dengan jawatan di ABM.
BAM kini kekurangan jurulatih di bahagian beregu selepas dua jurulatih berasal dari Indonesia - Flandy Limpele (beregu lelaki) dan Paulus Firman (beregu campuran) meninggalkan badan induk itu, masing-masing pada Mac dan April lepas.
Sementara itu, Rexy mengesahkan bahawa beliau memang berkomunikasi dengan Tony, yang kini sedang mengendalikan akademinya di Amerika Syarikat.
Ditanya mengenai perkembangan isu pemain profesional dibenarkan berlatih bersama skuad kebangsaan di ABM, Pengarah Prestasi Tinggi BAM Dr Tim Jones berkata keputusan itu dijangka diumumkan pada minggu depan.
"Mungkin minggu depan apabila (Pengarah Kejurulatihan Perseorangan BAM) Wong Choong Hann kembali dari Eropah, kami akan berbincang dengan pemain bebas dan memuktamadkan apa persetujuan kami.
"Kami mahu memastikan kita menghormati pemain, yang mungkin mempunyai rancangan mereka sendiri. Kita perlu memastikan apa jua yang dicapai, berfungsi dengan baik untuk kedua-dua pihak dan jelas matlamat utama untuk Malaysia menjadi lebih baik di seluruh dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 04 2022
Kenny berkata, jurulatih yang bakal dilantik itu kemungkinan besar memulakan tugas menjelang akhir tahun ini atau awal tahun depan. - Gambar fail
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Siasatan SPRM terhadap BAM mungkin berkaitan pemilihan - Subramaniam
Pemangku Presiden BAM Datuk V Subramaniam tidak menolak kemungkinan bahawa pemilihan menjelang AGM tahun depan, menjadi punca mengapa persatuan disiasat SPRM.
Biar SPRM selesaikan siasatan BAM, jangan buat spekulasi - Hannah
Hannah menekankan bahawa siasatan oleh SPRM adalah prosedur operasi standard apabila menerima aduan, dan bukan hanya terhad kepada persatuan sukan.
BAM sahkan kehadiran pegawai SPRM bagi dapatkan maklumat berkaitan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah hadir ke pejabat badan induk itu, di sini, minggu lepas, untuk mendapatkan maklumat tertentu.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Rexy anggap peluang wakil negara raih gelaran Jelajah Dunia Akhir BWF makin tinggi
Rexy Mainaky merasakan peluang semakin tinggi untuk Malaysia mencipta sejarah merangkul gelaran pada Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF.
MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Jurulatih baharu perlu kenal budaya badminton Malaysia - James Selvaraj
Jurulatih badminton perseorangan negara perlu benar-benar mengenali budaya sukan itu di Malaysia terlebih dahulu sebelum memulakan tugas.