awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Musk dakwa bantahan terhadap deepfake Grok hanya alasan untuk penapisan
Kerajaan komited terjemah pertumbuhan ekonomi kepada pekerjaan dan masa depan rakyat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM perlu lebih RM55 juta setahun - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
10/01/2026
09:07 MYT
BAM perlu lebih RM55 juta setahun - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata jumlah itu merangkumi pemberian imbuhan kepada pemain dan jurulatih, perbelanjaan menyertai kejohanan dan penganjuran pertandingan dalam negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memerlukan lebih RM55 juta setahun bagi menampung kos operasi sebagai badan induk sukan berkenaan, kata Presidennya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Ringkasan AI
  • Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memerlukan lebih RM55 juta setahun untuk kos operasi, termasuk imbuhan kepada pemain dan jurulatih, perbelanjaan kejohanan, dan penganjuran pertandingan.
  • BAM telah membelanjakan RM54 juta sehingga Nov 2025, dengan imbuhan pemain dan jurulatih serta kos kejohanan menyumbang lebih separuh daripada jumlah tersebut.
  • Mesyuarat Majlis BAM turut membincangkan peningkatan elaun pemain hingga RM1,000 sebulan, serta sokongan kepada pemain junior dan semakan kadar gaji jurulatih tempatan.

Beliau berkata jumlah itu merangkumi pemberian imbuhan kepada pemain dan jurulatih, perbelanjaan menyertai kejohanan dan penganjuran pertandingan dalam negara.
"Setakat ini kita masih okay. Untuk menampung operasi, kami memerlukan kira-kira RM55 juta setahun dan pada masa akan datang ia dijangka lebih tinggi," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis BAM di sini hari ini.
Mengenai perbelanjaan tahun lepas, beliau berkata BAM telah membelanjakan RM54 juta setakat Nov 2025.
"Dua perbelanjaan terbesar ialah imbuhan pemain dan jurulatih serta perbelanjaan menyertai kejohanan yang melibatkan lebih daripada separuh kos, selain daripada penganjuran kejohanan," katanya.
Tengku Zafrul pada masa sama menyedari hakikat bahawa BAM perlu memperkasakan jenama mereka dalam usaha menarik lebih banyak penajaan pada masa depan.
Sementara itu, beliau berkata mesyuarat turut membincangkan sokongan kepada barisan pemain junior termasuk kenaikan elaun dan pemberian elaun tali raket yang bernilai RM400,000 secara keseluruhan.
"Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh menunjukkan kepada saya yang elaun pemain adalah sekitar RM400 hingga RM600.
"Itulah yang mereka terima dan itu mungkin tidak mencukupi, jadi kami akan meningkatkannya sehingga RM1,000 sebulan bagi semua pemain yang ada sekarang," katanya.
Beliau berkata mesyuarat juga membincangkan mengenai semakan semula kadar gaji jurulatih tempatan.
Mengenai prestasi pemain Terbuka Malaysia 2026 yang sedang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, ketika ini, beliau mengakui kecewa kerana beberapa pemain yang diharapkan mampu mara lebih jauh tidak berjaya melakukannya.
"Aspek penganjuran, ia dilakukan dengan sangat baik. Maksud saya, jika dilihat dari segi kehadiran penonton, semuanya lancar dan tidak banyak rungutan.
"Dari segi prestasi pemain pula, sudah tentu kami berharap lebih ramai pemain dapat mara lebih jauh, terutama separuh akhir dan akhir, tetapi kita masih mempunyai satu beregu lelaki (Aaron Chia-Soh Wooi Yik) yang masih meneruskan aksi," katanya.
Aaron-Wooi Yik yang merupakan wakil tunggal negara pada separuh akhir Terbuka Malaysia 2026 dijadual merebut slot akhir menentang pasangan Indonesia Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.
Terbuka Malaysia 2026 yang bermula Selasa lepas berakhir esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#kos operasi
#kos pengurusan
#Tengku Zafrul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan