KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah memberi tawaran lanjutan kontrak baharu kepada ketua jurulatih beregu campuran, Paulus Firman sejak Januari lepas.
Walau bagaimanapun, Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky berkata, Paulus setakat ini masih belum memberi kata putus mengenai masa depannya bersama badan yang memayungi sukan badminton negara itu selepas kontraknya dijangka tamat hujung bulan ini.
Bekas jaguh beregu lelaki dunia dari Indonesia itu berkata, beliau ketika ini masih berunding bersama rakan senegaranya itu, yang ketika ini sedang bercuti selama seminggu sejak Ahad lepas, sama ada berminat untuk melanjutkan kontrak dan terus menabur bakti bersama BAM selama tiga tahun lagi.
"Sekarang tetap berbicara dengan Paulus... kita sudah tawar dari Januari, bukan tawaran minit akhir kerana kita perlu uruskan permit kerjanya... terpulang kepada Paulus sendiri terima atau tidak (lanjutan kontrak)," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara di sini hari ini.
Sebelum ini, BAM kehilangan beberapa jurulatih utama antaranya jurulatih perseorangan wanita Indra Wijaya meninggalkan BAM untuk melatih perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia yang menjadi pemain profesional Januari lepas dan jurulatih beregu wanita, Chan Chong Ming meletak jawatan pada Disember lepas.
Bulan lepas, jurulatih beregu lelaki, Flandy Limpele pula meninggalkan BAM setelah memutuskan untuk tidak melanjutkan kontraknya dengan persatuan itu selepas 1 April.
Sementara itu, Rexy memberitahu, beliau masih belum menetapkan calon sesuai yang boleh mengambil alih tempat Flandy mahupun Paulus, sekiranya beliau tidak mahu menyambung kontrak baharu kerana mahu menumpukan kepada persiapan skuad negara mengharungi kempen Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand, dijadual 8-15 Mei ini selain Kejuaraan Badminton Asia (BAC) di Manila, Filipina dari 26 April-1 Mei ini.
"Setakat ini fokus apa yang ada di sini, andai kata ambil jurulatih baharu sama ada mereka sudah cukup sedia dengan perancangan kita atau sebaliknya... waktu sudah suntuk, BAC pula makin hampir," katanya.
Dalam pada itu, Rexy mahu melihat pemain yang mewakili negara pada kejohanan BAC akan menggunakan peluang dimiliki untuk menjadikannya sebagai medan persediaan menjelang pentas Piala Thomas serta Piala Uber nanti.
Ini kerana, beliau difahamkan banyak negara akan mempertaruhkan barisan terkuat mereka pada kejohanan bertaraf Super 1000 itu.
Beliau pada masa sama memaklumkan, beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi akan mula berlatih di ABM sebagai persiapan menghadapi Piala Thomas 2022.
Mengenai Piala Uber, Rexy memaklumkan tiga gandingan negara iaitu Pearly Tan-M.Thinaah, Anna Ching Yik Cheong-Teoh Mei Xing, dan Low Yeen Yuan-Valeree Siow, masih menjadi taruhan untuk disenaraikan bagi misi di Bangkok nanti. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah memberi tawaran lanjutan kontrak baharu kepada ketua jurulatih beregu campuran, Paulus Firman sejak Januari lepas. - Gambar Facebook BAM

Galtier dinamakan jurulatih baharu PSG, Pochettino ucap selamat tinggal
Galtier kini ditugaskan untuk menamatkan penantian gelaran PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Niaga AWANI: Ekonomi | Impak kenaikan OPR kepada pinjaman
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 25 mata asas bagi mengawal inflasi barangan, kata Perancang Kewangan Berlesen, Rafiq Hidayat Mohd Ramli. Menurut, ada kemungkinan besar bank akan menghantar surat kepada peminjam kadar berubah mengenai bayaran bulanan naik susulan jangkaan kenaikan OPR itu.

Suspek tikam ibu kandung direman 7 hari
Penahanan reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dengan dolar AS memandangkan dolar terus mengukuhkan daya tarikannya sebagai mata wang selamat.

Niaga AWANI: Segera batalkan pengharaman eksport ayam
Sekatan eksport ayam ke Singapura hanya akan menyebabkan kehilangan pasaran sedia ada sekiranya ia berlanjutan, seterusnya merugikan negara ini, kata Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng.

Niaga AWANI: Korporat | DNeX sumbang kepakaran pembangunan teknologi ke Turkiye
Dagang NeXchange Berhad (DNeX) melalui anak syarikatnya, SilTerra Malaysia Sdn Bhd memeterai perjanjian persefahaman bersama Tuyar, sebuah syarikat teknologi di Turkiye dalam usaha membangunkan ekosistem semikonduktor di negara itu. Pengarah Urusan Kumpulan DNeX, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata pihaknya akan membantu dari segi pembangunan teknologi selain berkongsi kepakaran pembangunan semikonduktor.

Jiwa SME | Juadah tradisional Burasak tembusi pasaran serantau
Memasarkan perniagaan dalam platform digital merupakan langkah terbaik buat usahawan makanan tradisional Burasak di Johor bagi meraih perhatian pelanggan. Biarpun negara dibelenggu COVID-19 selama dua tahun, namun perniagaan Mohammad Khazin Ahmad masih dapat bertahan apabila dia banyak menerima tempahan menerusi Facebook dan WhatsApp.

Perlu ada solusi jangka panjang tangani kos sara hidup rakyat - Young Syefura
Beliau berkata, ia bukan sahaja memberi kesan kepada golongan B40, sebaliknya turut memberi kesan sama kepada M40 dan juga T20.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas Timbalan Presiden MIC, S. Subramaniam
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas T

COVID-19: Shanghai laksana ujian saringan besar-besaran
Kesemua penduduk di sembilan daripada 16 daerah di bandar itu perlu melakukan ujian saringan dua kali iaitu pada Selasa dan Khamis.

Paulus tinggalkan BAM untuk bersama keluarga
Jurulatih beregu campuran negara Paulus Firman menjadi jurulatih terbaharu yang mengucapkan selamat tinggal kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 1 Mei.

BAM sudah beri tawaran lanjut kontrak Paulus - Rexy
Paulus Firman bagaimanapun, masih belum memberi kata putus mengenai masa depannya bersama BAM selepas kontraknya dijangka tamat hujung bulan ini.

Piala Thomas/Uber: BAM runding kontrak baru Paulus
Rexy Mainaky menjelaskan, antara nama wajib dalam skuad negara kali ini adalah beregu lelaki.