BARISAN pemain kebangsaan terpaksa menunggu lebih lama beraksi di laman sendiri susuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memohon penangguhan saingan Terbuka Malaysia dan Malaysia Masters.

BAM mengusulkan hasrat itu kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi menangguhkan saingan tersebut, kerana memerlukan masa untuk membuat persiapan dan penelitian daripada aspek keselamatan.

"Banyak persediaan perlu dilakukan daripada segi protokol serta Prosedur Operasi Standard perlu berada di tahap terbaik bagi memastikan setiap pemain serta pihak yang terlibat berada dalam keadaan selamat," kata Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh.

"Kami perlu memberikan jaminan setiap individu yang terlibat berada dalam keadaan yang selamat. Banyak perkara perlu dilihat dan masa agak suntuk."

Bagi pengarah kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann pula berkata, "Kejohanan yang bakal dianjurkan dapat membantu setiap pemain mengutip mata bagi memperbaiki ranking serta mendapatkan semula sentuhan beraksi dalam pertandingan.

"Namun dalam situasi sekarang, kami perlu mengikuti situasi semasa."