KUALA LUMPUR: Jepun menghargai peranan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam menyumbang kepada pembangunan dan kejayaan pemain Jepun di arena antarabangsa.
Duta Jepun ke Malaysia, Oka Hiroshi menyampaikan Anugerah Kepujian Menteri Luar Jepun untuk tahun 2020 kepada Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria hari ini.
Hiroshi berkata kisah kejayaan BAM diketahui ramai dan ini mendorong kem Jepun untuk berlatih di bawah bimbingan jurulatih berbakat dari Malaysia seperti Jeremy Gan (beregu campuran), Tan Kim Her (beregu lelaki) dan Lee Wan Wah (beregu campuran) selama bertahun-tahun.
"Jurulatih-jurulatih Malaysia ini telah banyak menyumbang kepada prestasi keseluruhan pemain badminton Jepun di persada antarabangsa yang kami amat terhutang budi kepada mereka.
Di sini, saya ingin mengucapkan takziah. Satu kehilangan besar, Izuan Ibrahim yang meninggal dunia pada Dis 2019. Sebagai seorang jurulatih belia dan bekas pemain, beliau benar-benar memberi inspirasi kepada banyak pemain muda, Kento Momota adalah seorang daripada mereka," kata beliau dalam ucapannya di sini hari ini.
Anugerah itu dikurniakan setiap tahun oleh Menteri Luar Jepun kepada individu dan kumpulan yang melakukan sumbangan besar untuk mengeratkan persahabatan dengan Jepun.
Hiroshi juga berkata Mohamad Norza dan Gabenor Wilayah Ehime Tokohiro Nakamura telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam 2018 untuk mempromosi banyak lagi pertukaran menerusi badminton.
Beliau berkata tiga kem latihan di Ehime melibatkan latihan pemain-pemain dari kedua-dua negara antara 2018 dan 2019 sebagai sebahagian daripada persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo.
Beliau juga menggunakan peluang itu untuk mengucapkan tahniah kepada juara perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang merangkul gelaran Juara All England selepas menewaskan Viktor Axelsen dari Denmark.
Dalam final di Arena Utilita juga menyaksikan pemain Jepun memenangi empat gelaran juara -- beregu lelaki (Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe), beregu wanita (Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara), perseorangan wanita (Nozomi Okuhara) dan beregu campuran (Yuta Watanabe-Arisa Higashino).
Sementara itu, Mohamad Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyifatkan anugerah diterima BAM itu merupakan pengiktirafan besar buat pihaknya dan juga arena badminton negara.
"Pemain kita seperti Datuk Misbun Sidek sangat dikenali di sekolah di Ehime dan mereka sangat menyanjungi pencapaian kita yang seterusnya menjadi pencetus kepada pemain Jepun untuk beraksi sangat baik pada hari ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 26 2021
Mohamad Norza yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyifatkan anugerah diterima BAM itu merupakan pengiktirafan besar buat pihaknya dan juga arena badminton negara. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Jepun harap situasi kemanusiaan di Syria bertambah baik
Kerajaan Jepun sedang mengikuti perkembangan di Syria dan berharap situasi kemanusiaan di negara itu akan bertambah baik selepas pemberontak menggulingkan kerajaan Syria.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun catat musim luruh terpanas dalam 126 tahun
Purata suhu di seluruh Jepun dari September hingga November tahun ini mencatatkan rekod tertinggi sejak pengumpulan data bermula pada 1898.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Tinggi kekal keputusan tolak desakan henti operasi reaktor nuklear Miyagi
Mahkamah Tinggi Sendai pada Rabu mengekalkan keputusan mahkamah rendah yang menolak permintaan penduduk setempat untuk menghentikan operasi sebuah reaktor nuklear di timur laut Jepun.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,
Jun Hao naib juara Masters Kumamoto
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terpaksa akur tewas kepada pemain China, Li Shi Feng dalam perlawanan akhir Masters Kumamoto di Jepun pada Ahad.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Masters Jepun: Jun Hao tewaskan juara All England 2024 untuk melangkah ke pentas final
Jun Hao terpaksa memerah keringat selama 77 minit sebelum menundukkan pilihan keempat kejohanan dengan keputusan 10-21, 21-18, 22-20.