NAMA Bambang Pamungkas sememangnya cukup gah dan reputasinya bukan saja di Indonesia, tetapi juga di rantau Asia Tenggara dan benua Asia amnya.
Tanggal 1 April 2013, Bambang atau lebih sinonim dengan gelaran Bepe di kalangan rakan sepasukannya, mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa, selepas meraih 85 caps dan 37 gol bersama timnas (skuad kebangsaan) Sang Garuda.
Sebagai wartawan sukan sejak sedekad lalu, saya bertuah dapat mengenali dengan dekat ikon bola sepak negara jiran ini, yang turut pernah mewarnai kancah Liga M pada 2005 dan 2006 ketika bersama Selangor.
Ketika mula mengenali pemain kelahiran Semarang ini, saya bertugas sebagai wartawan sukan, Unit berita TV RTM pada hujung 2004, tetapi saya sebenarnya sudah mengikuti perkembangan Bepe sebelum dia mengambil keputusan bersama Selangor.
Kali pertama saya melihat kelibat bintang Persija Jakarta ini, ialah ketika dia meleburkan impian skuad negara di separuh akhir Piala Suzuki AFF 2002, menerusi satu tandukan tepat yang menjadi cukup sinonim dengan permainannya.
Meskipun sudah lama berstatus ikon di Indonesia, Bepe seorang yang merendah diri dan sebenarnya mudah dirapati warga media di Malaysia.
Hanya selepas Piala Suzuki AFF 2010, dia mula menjauhkan diri daripada media di Indonesia dan hanya memberikan kenyataan dalam majlis rasmi dan sidang media.
Difahamkan, Bepe kecewa dengan pendekatan segelintir wakil media negaranya, yang kadang-kala tidak menghormati peribadinya.
Apa pun, bagi saya Bepe juga adalah seorang pemain senior yang sentiasa menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada pemain-pemain muda, dalam setiap pasukan yang diwakilinya.
Satu insiden yang tidak dapat saya lupakan, ialah ketika membuat liputan perlawanan akhir kedua, Piala Suzuki AFF 2010, antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Senayan, Jakarta.
Malaysia tumpas 1-2 pada aksi itu, tetapi "Harimau Malaya" membawa pulang dengan trofi kejuaraan hasil kemenangan 4-2 secara agregat.
Ketika sidang media selepas perlawanan, Bepe terpandang saya dan beberapa rakan media senior yang dikenalinya ketika bersama Selangor dahulu.
Sebelum menjawab pertanyaan media Indonesia ketika itu, Bepe berkata"Pertama sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada teman-teman media Malaysia, kerana timnas mereka bisa juara hari ini.Mereka datang dari jauh, tahniah buat mereka," kata Bepe sambil menujukan ucapannya kepada saya dan beberapa rakan media Malaysia yang lain.
Kesemua wakil media Indonesia di sidang media itu, seakan terdiam dan tertanya-tanya, mengapa Bepe boleh akrab dengan kami, media dari Malaysia, sedangkan dingin bersama mereka.
Selepas sidang media itu juga, Bepe datang ke arah saya dan bersalaman serta berpelukan bagai rakan lama, yang empat tahun tidak berjumpa sejak dia meninggalkan Selangor.
Bayangkan, ketika itu media di negaranya kerap melakukan provokasi terhadap skuad kebangsaan kita dan juga media Malaysia, namun Bepe jelas tidak seperti mereka.
Selaku ikon sukan negaranya, Bepe menjelmakan semangat kesukanan tinggi terhadap rakan-rakan dari Malaysia, termasuk saya selaku wakil media negara di Senayan pada malam itu.
Ia jelas satu sikap terpuji Bepe, yang akan saya ingati sepanjang kerjaya saya sebagai seorang penulis sukan.
Kali terakhir saya bertemu Bepe,..ialah pada Piala Suzuki AFF 2012 dan pada waktu itu, Bepe enggan menjawab soalan saya kepadanya, adakah ia adalah penampilan terakhirnya di peringkat antarabangsa.
Kini, dia tidak akan lagi mewarnai kancah bola sepak antarbangsa tetapi kelibatnya pasti akan dikenang, termasuk peminat bola sepak tempatan yang memujanya ketika menyarung jersi Gergasi Merah.
Kepada Bepe,.. "Terima kasih kerana sudi mewarnai kancah bola sepak Malaysia biarpun hanya seketika, semoga sukses sebagai pelatih selepas ini" .
Fadzrie Hazis
Tue Apr 02 2013
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
Pemain kebangsaan Indonesia puji FAM
Bekas pemain kebangsaan Indonesia, Bambang Pamungkas berpandangan tahap keselesaan pemain republic itu masih jauh lebih rendah berbanding Malaysia dan Negara Asia Tenggara yang lain.
Bambang Pamungkas, ikon bola sepak ASEAN
Tanggal 1 April 2013, Bambang atau lebih sinonim dengan gelaran Bepe di kalangan rakan sepasukannya, mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa