KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletakkan sasaran untuk skuad negara sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir di Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 14 hingga 19 Feb ini.
Bukan sahaja sasaran ke separuh akhir, malah Pengarah Pengarah Prestasi Tinggi BAM Dr Tim Jones juga berharap untuk melihat skuad negara mengungguli Kumpulan B yang turut dianggotai India, Kazakhstan dan tuan rumah, UAE.
Walaupun India mungkin dilihat sebagai 'duri dalam daging' di peringkat kumpulan, Jones percaya pemain negara memiliki apa yang diperlukan bagi mengatasi lawan terkuat mereka dalam kejohanan yang diadakan di Pusat Pameran Dubai itu.
"Kita perlu membuat lebih banyak analisis terhadap pasangan India dan pemain berkenaan kami cukup kenal. Kita juga mempunyai rekod yang baik dalam menentang beberapa pemain India ini, jadi kita tetap yakin.
"Sudah tentu kita akan cuba mengungguli di peringkat kumpulan bagi undian mudah di separuh akhir, jadi kita perlu menang dalam setiap perlawanan," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Antara nama besar yang akan mewakili Malaysia ke BAMTC ialah pemain profesional perseorangan lelaki, Lee Zii Jia, diikuti juara dunia beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah dan bekas pemenang pingat emas perseorangan wanita Sukan Olimpik Remaja, Goh Jin Wei.
Sementara itu, Jones berkata mereka akan cuba membantu Zii Jia membina keyakinan semasa kem latihan pusat yang bermula minggu depan agar pemain itu dapat memberi yang terbaik dalam BAMTC, ekoran prestasi buruk yang menyaksikan beliau gagal melepasi peringkat awal dalam Terbuka Malaysia, Terbuka Indonesia dan Masters Indonesia.
Dalam pada itu, bekas Ahli Fisiologi Kanan Institut Sukan Negara (ISN) itu percaya seorang lagi perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao akan menampilkan persembahan terbaiknya di Dubai selepas tersingkir awal di pusingan kelayakan Masters Thailand pada Selasa, iaitu tewas 22-44, 19-21 kepada rakan senegara Yeoh Seong Zoe.
"Keputusan semalam sesuatu yang malang buat Jun Hao tetapi saya fikir prestasi buruk itu boleh menjadi pendorong untuk beliau beraksi lebih baik selepas ini.
"Jika anda lihat Aaron-Wooi Yik dan Pearly-Thinaah sebagai contoh, mereka tidak mendapat keputusan yang memberangsangkan dalam Terbuka Malaysia, tetapi kemudian mereka berjaya bangkit semula. Saya rasa Jun Hao boleh meningkatkan keupayaanya sehingga ke tahap terbaik," katanya.
Sementara itu, Jones berkata tempoh seminggu adalah memadai bagi pemain membina keserasian dalam latihan pusat kerana kesemua pemain profesional yang dipanggil untuk beraksi di BAMTC adalah sebahagian pemain BAM sebelum ini.
Malaysia belum pernah memenangi kejohanan berkenaan setakat ini, selepas tewas di suku akhir pada edisi pertama 2017 di Hanoi, Vietnam dan sekali lagi di peringkat yang sama pada edisi 2019 di Hong Kong.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023

Jones (gambar) berkata mereka akan cuba membantu Zii Jia membina keyakinan semasa kem latihan pusat yang bermula minggu depan agar pemain itu dapat memberi yang terbaik dalam BAMTC. - Gambar fail BERNAMA

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air
Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW: Kenapa pokok bakau?
Sasaran Kumpulan UMW untuk tanam 300,000 pokok bakau di seluruh Malaysia semakin dihampiri.

AWANI Ringkas: Tiada lagi monopoli Puspakom untuk perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Wartawan Belarus di hukum penjara tiga tahun
Sebuah mahkamah di Belarus pada Khamis menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang wartawan kerana mencetuskan kebencian dan perselisihan terhadap penguatkuasa undang-undang.

Banci Ekonomi 2023 juga dapat bantu rakyat buat keputusan
Rakyat boleh membuat keputusan strategik untuk kehidupan mereka berdasarkan data menyeluruh yang terkumpul daripada banci ini.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW hampiri sasaran tanam 300,000 pokok bakau
Setakat 31 Januari tempoh hari, sekitar 174,000 pokok bakau sudah ditanam sejak kempen bermula pada pertengahan 2022.

Tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia - Elon Musk
Sistem pengesahan tanda semak biru Twitter kini tersedia di seluruh dunia, kata pemilik syarikat Elon Musk pada Khamis.

China menentang Amerika Syarikat memaksa penjualan TikTok
Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting berkata kerajaan China menentang sebarang perancangan Amerika Syarikat untuk memaksa ByteDance menjual platform media sosialnya, TikTok.

Rohana pulangkan AS$10 juta, tidak tahu sumber dana berkait 1MDB - Sumber SPRM
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki telah mengesahkan pemulangan wang AS$10 juta tersebut ketika dihubungi.

Rohana dilaporkan sudah pulangkan wang AS$10 juta, aset 1MDB
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan sudah memulangkan wang AS$10 juta (RM44.26 juta) dan aset dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terbuka Switzerland: Zii Jia terus cemerlang mara ke suku akhir
Jaguh perseorangan badminton negara, Lee Zii Jia meneruskan rentak cemerlangnya dalam Terbuka Switzerland 2023 apabila mara ke suku akhir dengan menumpaskan pemain Ireland, Nhat Nguyen, hari ini.

'Bangkit segera Pearly-Thinaah'
Episod duka yang ditempah Pearly-Thinaah itu umpama mengulangi kegagalan mereka pada Seluruh England di Birmingham.

Zii Jia singkirkan juara Seluruh England
Tampil selaku pilihan kedua kejohanan, Zii Jia melakar kemenangan 18-21, 21-18, 23-21 ke atas lawannya dari China.

Badminton: Pemain negara perlu bijak uruskan tekanan - Razif Sidek
Legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek, menyifatkan kegagalan wakil negara untuk layak ke final Kejohanan Seluruh England minggu lalu merupakan sesuatu yang perlu diberikan perhatian.

Pemain badminton Indonesia Syabda Perkasa dan ibu meninggal dunia kemalangan
Syabda Perkasa bersama keluarga dalam perjalanan menghadiri majlis pengebumian neneknya.

Zii Jia dapat semula keyakinan diri
Zii Jia mendapat kembali keyakinan kiri untuk terus bersaing dalam kejohanan badminton antarabangsa musim ini.

Zii Jia tersingkir di separuh akhir All England
Harapan Lee Zii Jia untuk menamatkan kemarau kejuaraan dimusnahkan oleh Shi Yu Qi dari China dalam separuh akhir Kejohanan Badminton All England 2023 malam ini.

Skuad badminton Sukan SEA perlu serap semangat juang Tze Yong - Ketua Kontinjen
Sharon Wee berkata pemain muda tidak perlu rasa gentar apabila berdepan dengan pemain yang mempunyai ranking lebih baik.

All England: Dua beregu negara terkandas di pusingan kedua
Yew Sin- Ee Yi tumpas straight set 18-21, 18-21 dalam aksi pusingan kedua itu yang berlangsung selama 44 minit di Arena Utilita Birmingham.

Badminton: Zii Jia lepasi halangan pertama di All England
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia, berjaya melepasi halangan pertama apabila melangkah ke pusingan kedua kejohanan badminton All England 2023.